Home / Penapis Air /

Cara Cara Tamatkan Kontrak Penapis Air Coway

Cara Cara Tamatkan Kontrak Penapis Air Coway

Cara Cara Tamatkan Kontrak Penapis Air Coway

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan. Terima kasih kerana sudi melawat di web kami lagi. Haa kali ni kami nak kongsikan bagaimana cara cara untuk tamatkan kontrak penapis air Coway.

Sebelum kita pergi lebih dalam tentang cara cara tamatkan kontrak penapis air Coway, kami mahu anda tahu sebelum anda boleh menamatkan kontrak penapis air Coway, ia mesti  menepati 2 syarat ini;

  1. Pastikan akaun Coway anda cukup 3 tahun
  2. Pastikan tiada tunggakan bulanan.

Cara cara untuk tamatkan kontrak penapis air Coway tuan tuan ialah;

  1. Call HOTLINE Coway, 1-800-888-111 dan beritahu customer service yang anda nak tamatkan kontrak penapis air coway
  2. Beritahu mereka yang anda nak stop akaun dan telah bersedia untuk pulangkan unit penapis air coway tu.
  3. Seterusnya tunggu pihak Coway akan ambil kembali unit mesin penapis air dari tempat anda.
p.s: Tiada sebarang refund atau ganti rugi yang Coway akan bayar bagi pihak anda.

Simple je kan nak tamatkan kontrak penapis air Coway? Yang penting umur akaun mestilah cukup 3 tahun. Kalau tak cukup 3 tahun akan dikenakan bayaran penalti.

UPDATE 18 April 2018

Jika produk belum mencukupi minimum kontrak selama 3 tahun, berikut merupakan formula kiraan penalti bagi yang ingin menamatkan kontrak.

( remaining kontrak period x rental product ) x 50% discount

Contoh 1

Produk: Penapis air Villaem
Bulan pemasangan: Jan 2017. Ingin tamatkan kontrak pada Jan 2018

[(36 bulan – 12 bulan) x RM125] x 50% discount]
Jumlah penalti= RM1,500

Contoh 2
Produk: Penapis udara Lombok
Bulan pemasangan: Mei 2017. Ingin tamatkan kontrak pada Jan 2018

[(36 bulan – 8 bulan) x RM110] x 50% discount]
Jumlah penalti= RM1,540

Comments

  • Nurfasihah
    November 7, 2017

    Kalu penalti kira mcm mne yer… Boleh jelaskan x… Saya pakai indicator…rental

    • cowayreg
      December 10, 2018

      ikut formula yang dah kami tulis di atas

  • Nurfasihah
    November 7, 2017

    Mcm mna nak kira penalti yer.. Pakai indicator

    • cowayreg
      November 7, 2017

      Puan fasihah boleh whatsapp saya 0127819907 untuk details.

  • syuhada
    December 16, 2017

    bukan 2 tahun je ke contract?

    • cowayreg
      December 17, 2017

      Start may 2017 Coway secara rasminya update minimum kontrak ke 3 tahun. Sesiapa yang beli produk coway sebelum may 2017, akan kekal dengan 2 tahun kontrak.

  • maz
    February 7, 2018

    kalo nak tamatkan penapis udara mcmane plak? rase mcm xberkesan tp bulan2 tambah komitment? family sy ade asthma dorng suggest penapis 110 bln2 tp xberkesan. rugi jer.. cmne ye..

    • cowayreg
      February 7, 2018

      Hai cik/puan Liyana,

      untuk proses tamatkan kontrak, cik/puan boleh terus call hotline Coway 1800888111.

      atau jika perlu bantuan kami, whatsapp details pada kami di 012 7819907.

      Terima kasih kerana menghubungi kami.

  • Wanlinda
    April 13, 2018

    salam admin…sekiranya sy nak tamatkan penapis air, ckp tempoh dan berapakah bayaran yg perlu saya sediakan untuk bayar kepada coway?
    TQ

    • cowayreg
      April 13, 2018

      Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan puan linda. Sekiranya dah cukup tempoh minimum kontrak, boleh terminate produk tanpa bayaran penalti

  • Nor hidayah abu bakar
    April 13, 2018

    Berapa ya byrn utk penalti klo pkai coway x smpai sethun?

    • cowayreg
      April 18, 2018

      Terima kasih puan hidayah sudi singgah sini.

      Kiraan penalti adalah seperti berikut:
      (remaining kontrak period x rental product ) – 50% discount

  • April 23, 2018

    Nak tamatkan rental.bole tak jika ada tunggakan…
    Tak nak tunggakan bertambah byk
    Dah tak mampu membyr rental coway

    • cowayreg
      April 25, 2018

      Terima kasih puan rozana sebab sudi respon pada blog kami. Boleh tamatkan rental jika ada tunggakan, cuma perlu hubungi hotline coway secepat yang mungkin untuk urusan pembatalan kontrak.
      HOTLINE coway 1800888111

  • April 27, 2018

    klau saya nak downgrade dari villaem ke neo tak blh yer..

    • cowayreg
      April 27, 2018

      Boleh puan salina. Boleh whatsapp direct terus kepada kami di 0127819907

  • Mohd farid
    April 29, 2018

    Salam tuan admin.. Kalo kite pernah tertunggak byaran dan bayaran tunggakan telah diselesaikan adakah kita boleh tamatkan kontrak coway?saya guna coway dri tahun 2016..

    • cowayreg
      April 29, 2018

      Salam tuan
      terima kasih sudi singgah di laman web kami.
      Jawapan untuk soalan tuan, ya. jika semua tunggakan sudah dibayar dan dah melepasi minimum kontrak, tuan boleh tamatkan.

      Produk yang dibeli pada tahun 2016 masih dibawah kontrak minimum 2 tahun. Jika tuan nak tamatkan kontrak, tuan boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan coway 1800888111. Tunggu sehingga tuan dapat bercakap dengan operator untuk bantuan selanjutnya.

      Terima kasij sekali lagi dari kami

  • zaiton mamat
    May 23, 2018

    saya nak tanya..kalu nak pulangkan penapis udara bagaimana cara nya. Suami saya call Coway CS dia kata kena penalti sebanyak RM1925..
    Penapis udara rent tak sampi sebulan pun. Kenapa pulak kena penalti semahal itu.Barang da pulang tapi still nak autodabit RM1925 tu. Dalam agreement and masa beli agent tak explain berkenaan ini.
    Tolong jelas kan.Terima kasih.

    • cowayreg
      July 18, 2018

      Sebab dah tertera di belakang borang yang puan zaiton tanda tangan tu, agreement minimum kontrak coway.

      Tak kisah puan dah rental berapa lama, selagi produk dah terpasang, dan belum habis minimum kontrak, puan akan dikenakan penalti jika ingin memulangkan kembali produk tu.

      ni gayanya macam ejen tu tak bagitau puan pasal agreement ni. Tak mengapa, untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya di 012-7819907

  • Siti
    July 4, 2018

    Salam admin. Sy pengguna coway dari awal 2017. Pembayaran melalui auto deduct dr akaun bank setiap bulan. Soalan saya, Betul ke jika kita ada tunggakan melebihi 5 bulan, nama akan disenarai hitam dan dihantar surat lawyer selain terima ugutan dari collecter. Contoh: tunggakan 6 bulan, lepas tu nama sangkut kat bank utk bt sbrg pinjaman pembelian. Betul ker?

    • cowayreg
      July 18, 2018

      Waalaikumsalam puan siti.

      Ya benar.

  • Syarifah Khairunnisa
    July 17, 2018

    kalau ada penapis udara Lombok tapi nl tuka dengan penapis air..masih berbaki kontarak 2 tahun..boleh ke??
    ada rebat atau sewa baru?

    • cowayreg
      July 17, 2018

      Boleh. Untuk penerangan lanjut whatsapp kami di 0127819907 ya puan nisa

  • Khizan
    July 28, 2018

    Salam admin..saya nak tanye pasal penapis air ..jika tiada lagi pemasangan dibuat ..sekiranya kite nak buat membuat pembatalan sebelum pemasangan tu boleh dikenakan penalti jugak ke?

    • cowayreg
      August 6, 2018

      Waalaikumsalam khizan,

      Tak dikenakan penalti jika melakukan pembatalan sebelum pemasangan dilakukan.

  • Aryan
    August 7, 2018

    Salam admin.. betul ke kalau barang dah return, tapi kalu sangkut bayar penalti , ada collector datang umah main ugut2 ?selain dari surat lawyer akan sampai?

    • cowayreg
      August 7, 2018

      waalaikumsalam encik aryan.

      Collector datang ke rumah tu kami tak pasti pulak.

  • Battosai
    August 10, 2018

    Kita order mesin iris & hendak byr tunai.
    Sbelum technician dtg psg, boleh cancel order?

    • cowayreg
      August 10, 2018

      Hai. Boleh whatsapp saya di 0127819907

  • redvine
    August 13, 2018

    tidak perlu pasang penapis udara..mmg tak berkesan..indah khabar dari rupa..hampeh punye coway!

    • cowayreg
      August 15, 2018

      Pada tuan mungkin tak perlu, tapi ada beribu ribu lagi mereka yang memerlukannya.

  • August 14, 2018

    Salam Admin yg dihormati. Saya bercadang utk memulangkan produk coway yg saya sewa mulai 2017. Kerana saya tak mampu utk maintain bayaran bulanan. Penalti yg dikenakan oleh pihak coway nanti..adakah saya perlu bayar secara lumpsum atau boleh secara ansuran bulanan kpd pihak Coway? Harap dpt membantu. Tq

    • cowayreg
      August 15, 2018

      Waalaikumsalam, unuk bayaran penalti, tuan/puan seeloknya terus berhubung dengan finance coway iaitu di 1800888111. Mereka akan suggestkan metod bayaran paling fleksibel untuk pelanggan

  • August 14, 2018

    Slm admin. Jika ada tunggakan bulanan melebihi 6bulan..dan pernah di hubungi pihak ketiga utk blacklist kan nama…sekiranya saya pulangkan brg dan bayar penalti..adakah nama akan cris / ctos dlm sistem bank negara? Minta pencerahan tq

    • cowayreg
      August 15, 2018

      Waalaikumsalam. Sekiranya puan sudah menyelesaikan tunggakan dan penalti, nama puan tidak akan termasuk dalam ctos

  • CELINA DION JESWEL
    August 15, 2018

    saya nak tanye,saya ada beli set combo hari tu tp semasa diorang nak pasang pressure air xkuat,,so saya buat cancellation?..berapa lama diorang kan refund duit saya?

    • cowayreg
      August 15, 2018

      Hai puan celina.

      Refund mengambil masa tiga minggu dari tempoh report ejen tu keluarkan report

  • Sue
    September 7, 2018

    Brpa lama boleh tunggak?

    • cowayreg
      September 9, 2018

      tak boleh tertunggak

  • Izan izan
    September 8, 2018

    Saya telah tertunggak 8 bulan coway..apa perlu saya buat..saya nk bayar utk bulan ke 9 tapi bukan semua..bayar utk sebulan..boleh x yg tertunggak tu saya bayar ansur2?servis pun dah x dtg da 2x..hmmm

    • cowayreg
      September 9, 2018

      oic. Saya cadangkan cik ijan terus call hotline coway, 1800888111, dan bercakap dengan bahagian finance coway. insyaAllah mereka ada jalan lain untuk cik

  • Wawa
    September 17, 2018

    Assalam.. kalau sy nk tukar (downgrade) penapis air sy adakah kontrak akan start semula atau sambung terus dr kontrak asal. Cthnye sy start pakai 4/2018.. kalau sy tukar, adakah kontrak akan sama dr 4/2018 atau yg terkini ye?

    • cowayreg
      September 20, 2018

      Puan whatsapp saya di 0127819907 untuk saya assist lebih detail ya

  • amirah
    September 19, 2018

    pada bulan 6 ppihak coway telah debit bayaran 1st sebanyak 2 kali sebelum pemasangan utk water filter. tapi selepas itu sy telah cancel pemasangan tersebut. hanya salah 1 bayaran yang berjaya refund. manakala 1 lagi tiada berita. macam mana saya nak lakukan refund uantuk yang 1 lagi bayaran?

    • cowayreg
      September 20, 2018

      Puan whatsapp saya detail di 0127819907. Saya cuba assist.

  • Bahari
    September 20, 2018

    Saya nak tanya, berapa lama proses pengambilan semula penapis air saya sekiranya saya membuat pembatalan?

    • cowayreg
      September 20, 2018

      Dalam masa 48 jam tuan

  • Ahmad
    November 28, 2018

    Salam..sy ada tunggakan coway 3 bln..blh tk sy nk byr 2 bln dulu..msk bln dpn sy byr plk 1 bln lg..atau sy perlu byr langsai terus utk 3 bln..tq

  • Luxman
    December 9, 2018

    Maksud dia, yang kurang 3 tahun kalau nak buat pembatalan contract kena bayar baki yang belum dibayar dan akan dapat discount 50% Dari bayaran baki tersebut? Maaf kurang jelas..saya bercadang nak terminate contract sebab saya Tak guna.

    • cowayreg
      December 10, 2018

      Ya betul

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *