pakar coway

Laman ini diuruskan oleh Raja Yusaini dan Siti Nuur Hidayu, pengedar Yang sah dan berdaftar dengan Coway (M) Sdn Bhd dengan Kod 525624 dan 524793.
Syarikat Coway (M) Sdn Bhd (735420-H) berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung (AJL 931694) dan GST No. 000872153088.

award-copy

Siapa dalang disebalik Coway Regiment ni?
Assalamualaikum wbt.
Coway Regiment di asaskan oleh dua pasangan muda iaitu Raja Yusaini bin Raja Mohamed Yusop (id Coway: 525624) dan Siti Nuur Hidayu bt Muhammad (id Coway:524673). Kami berdua mula serius di Coway dalam 2 tahun lepas selepas kami berdua berhenti dari pekerjaan sebenar kami. Cerita detail tentang latar belakang individu, kami sediakan di tab berikutnya.

Mengapa Berhenti?
Kerana kami berdua telah menggunakan Coway lebih dua tahun dan kami sendiri menikmati kemudahan dan manfaat produk ini. Oleh itu, kami bernekad, SEMUA rakyat Malaysia mesti memiliki SETIAP produk Coway. InsyaAllah, ia dapat memberi manfaat pada ANDA sekeluarga. 

Mengapa COWAY REGIMENT? Dah Macam Solja Pulak
Untuk pengetahuan tuan puan semua, kami berdua merupakan bekas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM, Serdang Selangor. Selama lebih 4 tahun dalam Wataniah, jiwa ketenteraan dan semangat kental memang dah lama bersemadi dalam diri kami. Memandangkan kami semakin sibuk menguruskan TEMPAHAN produk Coway dari segenap Malaysia, maka kami tak berkesempatan untuk sambung lapor di Unit Wataniah yang berdekatan. Jadi, bagi meneruskan legasi dan semangat askar perang itu, kami sebulat suara menyemadikan ia dalam kedai Coway online kami, COWAY REGIMENT.

BIODATA
Seperti yang tertera di IC, sayalah Raja Yusaini bin Raja Mohamed Yusop dilahirkan pada 29 Mac 1990 (sila ingat birthday saya ya, hehe).
Merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar. Saya bergraduat pada Julai 2013, NAMUN saya telah mula bekerja pada awal tahun 2013 dengan satu kompeni konsultan untuk RAWATAN AIR.

BAGAIMANA BOLEH TERPILIH UNTUK BEKERJA SEBELUM GRADUASI?
Kompeni tersebut merupakan tempat saya melakukan latihan industri pada tahun 2012 dahulu, oleh kerana potensi dan sikap berdisipilin yang mereka nampak dalam diri saya, mereka terus menawarkan saya jawatan sebagai 'engineer' di syarikat mereka. Ia sememangnya salah satu impian ARWAH ibu saya dan saya sendiri untuk menjadi JURUTERA, alhamdulillah berkat doa ibu bapa, redha Allah dan usaha yang gigih, saya berjaya mencapai impian menjadi seorang JURUTERA.

KONGSIKAN SEDIKIT KARIER SEBAGAI JURUTERA
Dipendekkan cerita, saya bekerja genap TIGA tahun dengan kompeni tersebut. Sepanjang perjalanan saya sebagai JURUTERA, saya telah diberi KEPERCAYAAN untuk menjaga 'site' klien kami di Perodua Manufacturing Sungai Choh, Rawang dan Perodua Global di Bukit Beruntung. Banyak teknikal skill dan elmu saya pelajari berkenaan rawatan air, bermula dari sisa buangan air sehingga air minuman.

BAGAIMANA ANDA TERJEBAK DALAM COWAY
Seperti yang diberitahu di Tab "Coway Regiment", saya terjebak dalam Coway setelah menggunakan produk nya. Saya amat terpesona dengan manfaat dan sistem PAKEJ sewa beli Coway yang unik dan amat memudahkan pelanggan.
Dengan servis berkala yang di berikan, sebagai pelanggan kita akan rasa amat dihargai dan keadaan mesin akan sentiasa berada pada tahap optimum. Jadi saya mula menjual Coway secara part time, dan apabila setelah stabil, saya mula kan karier saya dari JURUTERA kepada JURUJUAL

BIODATA

Siti Nuur Hidayu Binti Muhammad nama diberi, dilahirkan pada 6 Ogos 1990. Ya, kami suami isteri sebaya (mungkin Raja Yusaini nampak lebih berumur dari saya. hehehe) dan saya juga
merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Sains Haiwan (Pertanian). Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan saya sebagai pembantu veterinar di sebuah ladang tenusu untuk fokus kepada keluarga yakni menjadi suri rumah sepenuh masa.

BAGAIMANA BOLEH TERJEBAK DALAM BIDANG KEJURUJUALAN?

Sejujurnya tidak terlintas langsung difikiran untuk terjun dalam bidang yang sangat asing buat saya. Malah matlamat hidup saya juga tersimpang jauh untuk menjadi suri rumah sepenuh masa apabila mempunyai anak.

Namun, disini turning pointnya. Sejak saya di bangku sekolah lagi, ibu saya sering bertukar-tukar penapis air di rumah. Pelbagai masalah dihadapi baik dari segi teknikal dan servis. Sedikit sebanyak kewangan ibu saya terjejas dek kerana terlalu kerap membaiki dan menukar penapis air. Ayah saya pula hampir give up untuk mencari penapis air yang lengkap dengan servis pada harga mampu milik.

Pada tahun 2014, saya diperkenalkan dengan produk Coway. Selepas 4 bulan menjadi pengguna penapis air Coway, saya turut memasang sebuah penapis air Coway di rumah ibu saya. Ternyata masalah-masalah yang dihadapi sebelum ini zassss! Selesai! 

Dari detik itu, selain ingin mencapai taraf hidup yang lebih baik, saya berazam untuk membantu semua orang yang menghadapi masalah yang sama seperti ibu & ayah saya dan mula berjinak-jinak dalam bidang Sales & Marketing di Coway Malaysia.