Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Rawatan Ekzema Secara Tradisional! – Murah, Mudah dan Berkesan!

Kalau sebut ekzema rasanya memang ramai yang dah tahu, tapi masih ramai yang tidak tahu sebenarnya ada 4 Ramuan Semula Jadi yang boleh dijadikan sebagai penawar kepada ekzema.

Menurut https://nationaleczema.org/eczema/  istilah ekzema merujuk kepada pelbagai jenis penyakit kulit radang dan punca utama tidak diketahui tetapi ia berkaitan dengan genetik individu di mana sistem imun badan mempunyai respons yang terlalu aktif.

Sabun, kain, baju, peluh dan perengsa lain boleh mencetus penyakit ini tetapi ia tidak merebak. Ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, gatal dan berpeluh dan kerana itu, jika digaru boleh menyebabkan nanah dan kudis pada tubuh badan. Oleh itu, ekzema memerlukan rawatan yang berpanjangan dan pemantauan yang berterusan oleh pakar.

rawatan ekzema secara tradisional

Rawatan Tradisional

Daripada segi perubatan moden, ya ada ubat sapuan yang boleh kita guna, tapi ubat sapu yang mengandungi steroid tidak seharusnya digunakan untuk tempoh jangka masa yang panjang kerana ia boleh memberi kesan pada kesihatan kita. Jadi, inilah masa untuk kita cuba pula rawatan tradisional yang lebih kos efektif dan selamat.

Menurut portal mensive, empat ramuan yang ada di rumah ini telah terbukti dapat mengurangkan gejala dan membantu masalah kulit tegang.Berikut merupakan bahan-bahan yang boleh anda kenal pasti untuk membuat rawatan ini.

1. Lemak Sayuran

rawatan ekzema secara tradisional

Ramuan ini sesuai untuk disapu di atas kulit yang kering atau mengelupas. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan tampalkan dengan surgical tape (tape ini boleh didapati di farmasi ya, jangan risau). Biarkan selama dua hingga empat jam untuk ia lembap pada kulit. Ulang rawatan ini setiap hari sehingga ruam hilang.

2. Minyak sayuran, Minyak zaitun dan Oatmeal

rawatan ekzema secara semula jadi

Bahan ini boleh dijadikan sebagai rawatan mandian dengan menambah satu cawan minyak sayuran atau minyak mineral ke dalam mandian hangat bagi melembapkan dan melicinkan kulit yang kering.

Selain itu, anda juga boleh campurkan dua sudu teh minyak zaitun dengan segelas susu dan masukkan ke dalam air mandian.

Ketiga, lakukan mandian oatmeal kerana ia sangat baik untuk melegakan kulit gatal. Kisar beberapa cawan oatmeal (tidak berperisa), kemudian taburkan ke dalam air mandian. Tambahkan satu sudu teh minyak pati lavender untuk lebih menenangkan tubuh badan dan menyembuhkan kulit.

3. Kunyit

rawatan ekzema secara tradisional

Curcumin, antioksidan yang terdapat dalam kunyit telah terbukti dapat melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas dan menyembuhkan luka dengan cepat. Bancuh satu sudu teh serbuk kunyit dengan air anggaran 200mL, dan sapukan pada tempat ekzema tersebut. Hati hati! Ia agak pedih, tapi insyaAllah mujarab.

4. Cuka Epal

rawatan ekzema secara tradisional

Ramuan ini digunakan untuk melegakan radang pada kulit atau terbakar dan juga dapat membasmi kuman. Guna kapas untuk menyapu cuka secara langsung pada bahagian tubuh yang bersisik atau menyapu di kawasan yang lebih besar dengan tuala yang bersih.

Perhatian: Jangan guna ramuan ini jika kulit anda merekah atau berdarah kerana ia akan memedihkan dan menghakis kawasan itu.

Diingatkan kembali, ini adalah sekadar usaha yang boleh anda cuba. Sekiranya penyakit masih merebak. Segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor.

ADA YANG DAH BUAT? CERRR SHARE SIKITTT