7 Mitos Mengenai Alkali Dalam Makanan Dan Diet Kita

Pada entri ni, kami nak kupas pulak 7 mitos tentang alkali yang selalu di salah faham oleh masyarakat kita. Untuk lebih perinician tentang Busting the Alkaline Diet boleh klik sini —> http://www.jonnybowden.com/alkaline-myths/ .

Mitos #1 : Anda Mahukan Badan Anda Menjadi Alkali
SALAH! Tisu badan kita mempunyai pH level yang berbeza antara satu sama lain based on fungsi nya. Sebagai contoh, tahukah anda, Vagina memang dijadikan pada pH asidik kerana ini untuk mengelakkan dari berlakunya infeksi vaginal. Infeksi di Vagina terutama yis, gemar akan kondisi yang alkali untuk ia bertumbuh. Dan tahukah anda, perut anda teramat asidik di mana pH perut anda berada pada tahap pH 2.0! Percayalah, anda tidak akan hidup jika pH perut anda berada pada takat alkali.

Mitos #2 : Daging Merupakan Penyumbang Makanan Asidik Dalam Diet Seharian Kita
TIDAK BENAR! Mengikut Dr. Jade Teta, 70% makanan yang berasid datang dari produk kekacang dan tenusu. Benar daging ber pH asidik, tapi sebab itulah kita dihidangkan dengan banyak sayur sayuran dalam steak daging kita!
7 mitos mengenai alkali dalam makanan dan diet kita
Mitos 3# : Gula ialah Asidik
SALAH!! Lemak, gula dan kanji mempunyai pH yang neutral iaitu 7.0 kerana meraka tidak mengandungi sebarang minerals, sulfur mahupun protein. Hanya apabila menggabungkan elemen ini didalam bahan masakan yang lain barulah ia akan berganjak ke pH asid atau pun alkali.
7 mitos mengenai alkali dalam makanan dan diet seharian kita
Mitos #4 :Anda Boleh Tahu Tahap Asidik Dalam Badan Melalui Ujian Air Kencing (Urine Test)
PEMBOHONGAN DISINI. Benar makanan boleh mempengaruhi perubahan pH air kencing, tetapi mengukur pH air kencing untuk mengetahui pH badan ialah sia sia. Kerana ianya bukan lah menunjukkan pH darah ataupun yang lain. Monica Reinagel, The Nutrition Diva berkata, “Bimbang akan pH pada air kencing kita ibarat kita bimbang akan sampah yang dah berada di dalam tong sampah.”

Mitos #5 : Makanan Boleh Mengubah pH Dalam Darah Anda
SALAH! pH darah dikawal ketat oleh buah pinggang dan organ penting yang lain iaitu pada takat 7.4 SAHAJA. Sedikit perubahan pH pada darah akan mengakibatkan kesan serius termasuk maut! Bermaksud, tidak kira berapa pH makanan yang masuk kedalam badan, organ didalam badan kita akan regulate semula ke pH asal darah iaitu 7.4

Mitos #6 : Kanser Hanya Berada Pada Keadaan Asidik
SALAH LAGI! Kita kerap terdengar ungkapan ini bukan? Sebenarnya salah, pada pH 7.4, darah kita sudahpun berada pada takat alkali dan tidak kira lah berapa banyak makanan berunsur alkali yang kita consume, badan kita akan tetap regulate kan semula pH ke level 7.4.
7 mitos mengenai alkali dalam makanan dan diet seharian kita
Mitos #7 : Kajian Menunjukkan Makanan Berasidik Menyebabkan Penyakit Osteoporosis, Sengal Otot dan Kerosakan Buah Pinggang.
TIDAK TEPAT. Setakat ini, tiada bukti kukuh mengatakan makanan berasidik menyebabkan kerosakan seperti dinyatakan.