Adakah Air RO Merbahaya?

   Adakah Air RO Merbahaya? Dulu ramai di antara kita di momokkan dengan mitos bahawa dengan meminum air RO akan menyebabkan tulang reput dan membawa banyak lagi kesan penyakit. Sehinggakan suatu tahap doktor yang bijak pandai pon turut terpedaya dengan mitos seperti ini.
Di sini kami bukan menegakkan mana mana pendirian, tetapi kami hanya ingin menjelaskan bahawa tiada khilaf pun jika individu mengambil apa jua jenis air sekalipun asalkan ianya bersih dari bahan bahan berbahaya dan bakteria.
Yang penting kita mesti memilih air yang sudah ditapis kotorannya, bakteria dan paling penting logam berat.
Air RO sememangnya membuang semua mineral dan bendasing dalam air. Sumber terbaik untuk kita mendapatkan mineral ialah dari makanan, bukannya minuman.

Sebagai contoh, khasiat mineral dalam segelas susu segar bersamaan dengan 75 botol 500mL air mineral yang kita beli di kedai. Jadi mengapa bayar lebih untuk mendapatkan mineral yang penting untuk tubuh badan kita?

adakah air ro merbahaya?

Air RO sememangnya membuang semua mineral dan bendasing daripada air mentah. Ini adalah cara terbaik untuk membuang hampir 100% bendasing yang terdapat didalam air. Manusia mendapatkan mineral daripada sumber pemakanan, dan bukan melalui air minuman.

Menurut fakta WQA dan WHO, mineral inorganik yang ditemui dalam air adalah sangat kecil. Kita juga mendapat jumlah mineral yang cukup daripada 1 tablet vitamin berbanding meminum air mineral selama sebulan.