Betul Ke Berkesan Penapis Udara Ni?

Assalamualaikum wbt. Sejak virus covid ni jadi satu musibah yang melanda dunia dengan teruk sekali, makin ramai yang semakin celik tentang betapa penting nya penapis udara ni.

Melalui entry kali ni, CR akan kongsikan, sebenarnya kalau kita beli penapis udara paling terbaik di alam semesta sekalipun, kalau kita tak tahu cara menggunakannya dengan berkesan, tak guna juga. Ya tuan puan, tak guna kalau kita beli penapis udara mahal mahal kalau kita gagal memahami cara ia berfungsi untuk mengoptimumkan kegunaannya.

So di bawah, CR bagi 5 tips yang sangat membantu korang yang dah memiliki penapis udara untuk BOOST lagi keberkesanan penapis udara korang!

Lima Tips Yang Membantu Boost Keberkesanan Penapis Udara Di Rumah

Letak ia Di Ruang Yang Luas

Apabila korang letak penapis udara di kawasan yang mempunyai pengudaraan yang luas dan lapang, dengan adanya fungsi mode AUTO pada penapis udara tersebut, ia akan bekerja secara berterusan untuk memastikan udara sekitar bersih dari bakteria, kuman dan virus.

Jangan Letakkan Penapis Udara Di Ruang Sempit Atau Penjuru Rumah

Bila korang letak penapis udara korang macam ni, akan menyebabkan ruang penyedutannya terhalang, so akan mengurangkan efficiency ia untuk menyegarkan udara dalam rumah.

Letakkan Di Bilik Yang Paling Kerap Digunakan

Apabila korang letak penapis udara ini di ruang bilik yang paling selalu dan ramai orang; sebagai contoh, ruang tamu atau di ofis di rumah, baru korang akan terasa betul betul efektif.

Kalau on di bilik yang takde orang, macam mana korang nak rasa perbezaan dia, betul tak?

Jangan Letak Di Bilik Yang Mempunyai Kelembapan Tinggi

Udara yang terlalu lembab, akan menyebabkan kapasiti HEPA filter berkurangan.

Letak Di Tepi Pintu Masuk Rumah

Penapis udara coway ni mampu sedut 99% habuk, kuman dan bakteria yang berkeliaran di udara. Jadi apabila korang letakkan penapis udara ni depan pintu masuk rumah, maka ia sangat efisien sebab ia akan terus sedut segala bendasing yang korang bawak dari luar.

Kesimpulan

Penapis udara sangat banyak memberi manfaat kepada manusia sejagat. Dan semakin ramai yang sudah mula cakna mengenai kebaikan penapis udara.

Pada korang yang nak tahu lebih lanjut, klik je whatsapp di bawah untuk roger CR dan tanya lebih lanjut okay

whatsapp sekarang