Cara Bayar Coway Melalui Online

Jom kita tengok cara bayar coway melalui online

Coway sememangnya menetapkan syarat untuk melakukan bayaran bulanan secara autodebit dari akaun. Namun atas sebab sebab tertentu, jika autodebit gagal, bagaimana?

Ada beberapa cara sebenarnya untuk melangsaikan bayaran bulanan yang tertunggak sekiranya auto debit pihak tuan/puan telah terbatal;

1. Melalui JOMPAY
2. Melalui ejen jualan Coway
3. Melalui Cody  (Coway Lady) yang datang servis ke rumah

Pada entri ini, kami nak SHARE bagaimana tuan puan boleh buat payment sendiri melalui jomPAY jika pemotongan tidak berjaya. Dibawah ini kami tunjukkan step by step pembayaran dibuat melalui Maybank2u.

• STEP 1

Setelah log in ke akaun anda, Pilih option ‘Pay’ yang didapati di bahagian menu sebelah kiri.

Kemudian, di bahagian Pay to, pilih JomPAY.

• STEP 2

Kemudian masukkan biller code coway, iaitu 9928.

Biller code ini sama untuk semua pelanggan coway tau!

• STEP 3

Lepas masukkan biller code coway tadi, tekan enter dan akan keluar paparan di bawah.

Okay, ref-1 ni tuan puan boleh dapatkan dari ejen yang tuan puan berurusan dahulu ya atau pun call careline coway di 1800888111 untuk carian mudah.

Kemudian masukkan amount, dan tick di Terms and condittion di bawah belah kiri paparan tu, kemudian tekan PAY. Itu sahaja, settle!

• STEP 4

Step terakhir, simpan resit bayaran atau wassap kepada kami resit tersebut untuk kami bantu anda update terus pada finance.

Selalunya pihak finance Coway akan mengambil masa kurang lebih 24 jam untuk verify kan bayaran pihak tuan puan. Jadi jangan risau selepas buat bayaran, yang penting anda simpan satu copy resit sebagai bukti ok?

Berjaya tak?
Kalau tak berjaya hubungi kami laju laju. Sekarang!

<<< Raja Yusaini 012 7819907>>>

<<< Siti Nuur Hidayu 011 320 88344>>>


Disclaimer: Kami hanyalah ejen jualan coway sahaja, dan kami hanya mampu bantu tuan puan didalam ruang kuasa kami sahaja.