Cara Bayaran Coway Manual

Hai, tahniah kerana segala persoalan anda mengenai bayaran Coway secara manual ada pada blog kami. Ya, anda mesti tertanya tanya bagaimanakah cara bayaran Coway manual bukan?
Di sini, Coway Regiment akan kongsikan bagaimana cara bayaran coway manual;

Nota: Pastikan anda ikuti 7 langkah ini ya!

Step 1
Anda harus mencari mesin Cash Deposit Machine (CDM) atau pun Cheque Deposit Machine jika bayaran tersebut melalui cek.
Step 2
Kemudian tekan skrin menu hingga keluar paparan seperti ini, dan pilih bahagian CDM (ini hanya untuk mesin yang mempunyai dwifungsi ATM dan CDM sahaja. Jika ianya CDM sahaja, maka boleh skip langkah ini).
Step 3
Anda pilih bahasa yang bersesuaian dengan anda (jangan pilih bahasa kantonis kalau tak tahu k! Hehe).Step 4
Kemudian pilih tetapan Banking/credit card

Step 5
Masukkan nombor akaun virtual produk Coway anda (Ini boleh didapati dari ejen yang anda pernah berurusan dahulu. Dah lost contact? Jangan risau, hubungi kami di 0127819907 atau terus ke hotline Coway, 1-800-888-111
Step 6
Tunggu hingga keluar paparan ini. Pastikan nama akaun itu ialah COway (M) sdn bhd baru teruskan urusan. Jika semuanya tepat, tekan PROCEED
Step 7
Masukkan duit atau cek di slot yang disediakan. Kemudian jangan lupa untuk tangkap gambar dan simpan resit bayaran itu baik baik ya. Segala butiran pembayaran boleh whatsapp kepada kami di 0127819907.