Cara Bukak Penapis Coway Untuk Pindah Rumah

Assalamualaikum wbt. Kalau tuan puan dah guna penapis coway dan nak pindah rumah, sini saya kongsikan cara bukak penapis coway dengan betul.

Kebelakangan ini, ramai yang PM saya cara untuk bukak penapis coway kerana mereka mahu berpindah rumah. Jadi jangan bimbang, saya akan tunjukkan satu persatu caranya;

Tutup Butterfly Valve

Pertama sekali, tuan puan tutup butterfly valve yang menghubungkan sumber air paip ke tangki coway.

Cara Bukak Penapis Coway

Untuk tahu ia dalam posisi tutup atau tidak, kedudukan valve mesti berada pada sudut 90 darjah dari kedudukan saluran tiub warna jingga (oren). Jika butterfly valve dalam keadaan selari dengan tiub jingga, itu menunjukkan ia sedang terbuka. Boleh rujuk gambar di atas.

Kosongkan Tangki Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway

Tuan puan boleh sambungkan hos kelabu yang dapat secara PERCUMA dari coway tu, dan cucuk pada tangki mesin coway.

Letakkan satu baldi air di bawah, dan kosongkan tangki air panas, dan sejuk satu per satu.

Potong Tiub Biru dan Jingga di Belakang Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway

Selepas kosongkan tangki, tuan puan potong kedua tiub biru dan oren dibelakang penapis coway.

Selepas potong, dah siap. Sedia untuk di bawak ke rumah baru tuan puan. Apa apa soalan boleh terus tanya kami dengan tekan link di bawah;

tanya kami