Cara Cara Tamatkan Kontrak Penapis Air Coway

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan kawan. Terima kasih kerana sudi melawat di web kami lagi. Haa kali ni kami nak kongsikan bagaimana cara cara untuk tamatkan kontrak penapis air Coway.

Sebelum kita pergi lebih dalam tentang cara cara tamatkan kontrak penapis air Coway, kami mahu anda tahu sebelum anda boleh menamatkan kontrak penapis air Coway, ia mesti  menepati 2 syarat ini;

    1. Pastikan akaun Coway anda cukup 3 tahun
  1. Pastikan tiada tunggakan bulanan.

Cara cara untuk tamatkan kontrak penapis air Coway tuan tuan ialah;

  1. Call HOTLINE Coway, 1-800-888-111 dan beritahu customer service yang anda nak tamatkan kontrak penapis air coway
  2. Beritahu mereka yang anda nak stop akaun dan telah bersedia untuk pulangkan unit penapis air coway tu.
  3. Seterusnya tunggu pihak Coway akan ambil kembali unit mesin penapis air dari tempat anda.
p.s: Tiada sebarang refund atau ganti rugi yang Coway akan bayar bagi pihak anda.

Simple je kan nak tamatkan kontrak penapis air Coway? Yang penting umur akaun mestilah cukup 3 tahun. Kalau tak cukup 3 tahun akan dikenakan bayaran penalti.

UPDATE Mac 2019

Jika produk belum mencukupi minimum kontrak selama 3 tahun, berikut merupakan formula kiraan penalti bagi yang ingin menamatkan kontrak.

( remaining kontrak period x rental product ) x 50% discount

Contoh 1

Produk: Penapis air Villaem
Bulan pemasangan: Jan 2017. Ingin tamatkan kontrak pada Jan 2018

[(36 bulan – 12 bulan) x RM125] x 50% discount]
Jumlah penalti= RM1,500

Contoh 2
Produk: Penapis udara Lombok
Bulan pemasangan: Mei 2017. Ingin tamatkan kontrak pada Jan 2018

[(36 bulan – 8 bulan) x RM110] x 50% discount]
Jumlah penalti= RM1,540

ARTIKEL BERKAITAN

  1. Ejen coway penipu