Coway CSTeam Super HP Quarter 2 Di Majestic Theatre Penang.

Coway CSTeam Super HP Quarter 2 Di Majestic Theatre Penang.

cari kunci kereta jap

Alhamdulillah, pencapaian untuk suku kedua 2019 berjaya mengatasi pencapaian aku pada suku pertama yang lalu.

1. 3WS Consecutive for 3 months

3w10s consecutive achievers

2. Top 3 Super HP (under General Manager Ahmad Lotfi)

top 3 super HP

3. Achiever untuk Trip 5 ⭐ Coway ke Taiwan (bertolak pada awal september nanti).

taiwan achivers

Pada Siti Nuur Hidayu, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, dari kita zero, sedikit demi sedikit kita bangkit semula, bertahan dan terus memacu kedepan. Terima kasih kerana yakin dan sentiasa support pada perancangan aku dalam menaikkan ekonomi keluarga dan performance diri.

Pada super Managers aku, Yusniza Raja Yusop dan Hezree Azizi, u guys adalah yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, tak pernah menyerah kalah pada aku. Sentiasa memperkemaskan gerak kerja aku, dan selalu ada pada bila bila masa aku perlukan. Allahu. Semoga tuhan ja balas jasa baik kalian.

bersama sales managers dan rakan seperjuangan

Pada abah yang di kejauhan, terima kasih atas doa yang tak henti henti pada anakmu ini. InsyaAllah, anak mu ini akan berikan yang lagi baik dari masa ke masa 🥰.

Pada teman seperjuangan, kamulah yang sebenarnya banyak membantu aku untuk lebih cekal dalam bidang ini. Kamulah yang banyak memberikan aku inspirasi, dan kamu semua jugak yang selalu mengingatkan aku, yang menyerah kalah itu bukan pilihan dalam hidup. Allah, banyak sangat yang kamu semua dah lakukan untuk aku, semoga Dia memberikan yang terbaikk untuk kamu semua 💞

Pada semua pelanggan Coway aku, terima kasih kerana mempercayai diri ini. Walhal aku bukan siapa siapa pun untuk kamu semua percaya. Hanya orang asing, yang tiba tiba diberikan amanah untuk menguruskan jualan yang purata harga satu unit produk, RM3400.

Dan kali ini, aku sudah bersedia untuk berkongsikan pada SEMUA orang, tentang apa yang telah aku capai sepanjang aku bekerja dengan Coway dari 2015 sampai sekarang.

Dan it is time for me to give back to the community, aku sudah bersedia untuk melatih mereka yang rela dipukul dan dipalu sehari hari semata mata untuk mereka mengecapi peluang yang lebih besar yang tak tercapai dek akal kita selama ini. InsyaAllah.

Tolong doakan aku ya

Raja Yusaini
Insan Yang Lemah, Tetapi Mengalah itu Bukan Aku

Grand Iftar CSTeam 2019

Grand Iftar CSTeam 2019

Majlis Berbuka Puasa “Grand Iftar Csteam 2019” di Forest Valley Hall

grand iftar csteam 2019

Assalamualaikum wbt. Pada 25 May 2019 yang lalu, pasukan besar kami, iaitu Common Sense Team (Csteam) telah mengadakan majlis Grand Iftar Csteam 2019, iaitu majlis berbuka puasa special untuk semua ejen jualan coway mereka termasuk para managers satu Malaysia.

Csteam yang dibawah naungan GM Lotfi dan GM Saiful Izzam ini telah menjemput lebih 1000 orang ke majlis berbuka puasa pada tahun ini, menjadikan tahun ini merupakan tahun paling ramai pertambahan ahli komplot dalam csteam.

Grand Iftar CSTeam 2019
csteam family

Forest Valley Hall (FVH) tempat yang dipilih ini sangat luas tuan puan. Kawasan petak parking nya pon da boleh memuatkan tetamu dalam 1500 orang satu satu masa!

kawasan parking dewan ruckus, Forest hill valley
parking lot yang sangat luas

Di FVH juga disediakan kawasan indoor dan outdoor untuk tempat tetamu makan. Sangat luas! Disebelah dewan majlis ada disediakan sebuah surau besar dan boleh solat berjemaah didalam nya, sangat convenient!

Kami cadangkan kalau anda nak mengadakan majlis yang besar, FVH sangat sesuai. Untuk urusan booking boleh refer dekat info dibawah;

csteam grand iftar 2019

Alhamdulillah, semasa majlis berlangsung sempat kami beramah mesra dengan ahli jualan yang baru, dan mengeratkan hubungan lagi dengan geng jualan yang lama.

Sepanjang dari tahun 2006 csteam diasaskan, csteam telah berjaya melahirkan;

  • 2 orang General Manager
  • 11 orang Senior Manager
  • 67 orang Health Manager
  • Lebih 1500 orang ejen jualan, SELURUH MALAYSIA.

Dan kami berada didalam pasukan Senior Manager Hezree azwan yang kini berada di ranking ke 4 untuk keseluruhan csteam tahun 2019.

thinkthong clan

Sempat lagi dapat duit gula gula hasil jualan mingguan dari manager kami, HM Yusniza.

Grand Iftar CSTeam 2019

InsyaAllah kami nak melatih lebih ramai lagi orang orang diluar sana yang teringin untuk kecapi unlimited income didalam coway. Mereka tak perlu pandai, hanya perlu rela di ajar dan berani di tegur sahaja.

Tahun 2019, csteam semua akan mendominasi market malaysia. InsyaAllah.

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Assalamualaikum wbt. Kali ni kami nak togelkan lagi satu kisah scammer menyamar jadi ejen coway. Kisah hitam ini sebenarnya sudah banyak berlaku, malah ramai je ejen coway yang menipu telah berjaya diberkas oleh unit khas coway dan telah pon ditamatkan perkhidmatan.

Dijanjikan Tak Perlu Bayar Selama 3 Tahun

dijanjikan bayaran percuma selama 3 tahun

Di atas ialah conversation asal di antara pelanggan tersebut dengan scammer terbabit. Perhatikan gaya dan lenggok bahasa nya.

Kalau kita fikir dengan akal yang waras, tidak mungkin coway akan bagi sesuatu offer tak masuk akal seperti ini. Pernahkah kita terima offer dari salesman BMW untuk tidak perlu membayar installment kereta pelanggannya selama tiga tahun? Memang bungkus terus BMW tu bang.

Baru Tersedar Diri Tersontot

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Amat mendukacitakan: pelanggan itu ialah kawan kami sendiri. Kami juga pernah memberi amaran kepadanya agar jangan berurusan dengan ejen yang menjanjikan bulan dan bintang.

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Barang Coway ni kami pasang dekat kedah. Ada kak ni yang dok wasap suruh bayar. Tapi kami tak bayar sebab aisy janji macam lain haritu. Katanya tak payah bayar sampai 3 tahun, ni tak sat kak tu call ada outstanding dekat 1k dah.

Sudah terhantuk baru terngadah. Bila ejen beretika seperti kami mencadangkan solusi yang terbaik sebelum perjanjian termetrai, semua menolak dan mengatakan kami kaut untung.

Tidak tuan puan, kami bekerja lillahitaala. Ikhlas. Kami benar benar nak membantu tuan puan dapatkan produk premium ini dengan servis 5 bintang! Tolong lah izinkan kami bantu tuan puan. Dah beratus kes aduan kami terima. Semua dek kerana scammer yang tidak bertanggung jawab.

Jika tuan puan pon mengalami masalah ditipu ejen coway, boleh tekan link di bawah, untuk kami bantu:

whatsapp saya
Langkah Kearah Jurujual Unggul

Langkah Kearah Jurujual Unggul

Kami sediakan startup langkah ke arah jurujual unggul

Assalamualaikum wbt. Di csteam coway, kami menyediakan latihan kearah jurujual unggul dan bimbingan padu kepada ejen coway yang bernaung di bawah csteam secara PERCUMA.

Kami menyediakan latihan bimbingan untuk dua saluran market iaitu:

  1. Online
  2. Offline
Langkah Kearah Jurujual Unggul

Jadi jika anda berminat untuk menyertai pasukan jurujual terunggul di coway malaysia, boleh terus tekan link di bawah untuk pertanyaan lebih lanjut;

Kelas bimbingan asas jurujual

Kami faham, untuk cuba cuba menjual produk premium seperti coway ini memang cabarannya sangat sukar. Tapi tuan puan jangan bimbang. Kami menyediakan banyakk resipi untuk tackle bermacam jenis audiens samada di alam maya atau di roadshow atau booth booth supermarket.

Di bawah ialah latihan basic untuk seorang ejen coway yang baru mula untuk kickstart dan terus memacu jualan yang tinggi untuk kecapi target masing masing.

Langkah Kearah Jurujual Unggul

Kelas setup FB ads khusus niche penapis coway

Kenapa perlu bayar ribu riban untuk kelas fb ads diluar? Sedangkan tuan puan boleh mendapat ilmu fb ads khusus untuk niche coway secara percuma dalam csteam.

Benda boleh free kenapa nak bayar kan?

Bukan setakat fb ads, kami jugak memiliki manager yang mempunyai kepakaran khusus untuk mengiklankan di google! Semua ini kami boleh perturunkan ilmunya secara percuma sahaja khusus untuk perkembangan dan pertumbuhan jurujual.

bimbingan kelas fb ads
Csteam Grand Power Hour 2019

Csteam Grand Power Hour 2019

Malam Meraikan Kecermelangan Ejen Jualan Coway

Pada 27 april yang lepas, csteam (baca common sense team) telah pun organize satu malam apresiasi gilang gemilang khusus untuk para ejen jualan nya yang berjaya mencapai KPI yang telah di set kan oleh csteam sendiri.

Pelbagai award yang dah dipertandingkan dan seramai 196 achiever pada malam itu yang diraikan dengan penuh meriah oleh para managers di CSTeam. Alhamdulillah, cowayregiment.com ialah salah seorang insan yang terpilih untuk merangkul 3 award pada malam itu.

Csteam Grand Power Hour 2019
para managers adan achievers dalam csteam grand power hour 2019

Alhamdulillah, cowayregiment.com jugak telah terpilih sebagai salah seorang top 10 achievers dalam Csteam. Ini semua tidak mampu dicapai tanpa sokongan penuh dari para pelanggan coway kami.

Csteam Grand Power Hour 2019
alhamdulillah, menjadi top 10 achievers dalam csteam

Hasil perjuangan sejak 2015, akhirnya segalanya berbaloi! Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan pada semua pelanggan yang mempercayai servis kami. InsyaAllah pada suku kedua tahun 2019 ini kami akan jadikan lebih padu dan lebih mantap lagi untuk berkhidmat pada pelanggan coway satu malaysia.

Csteam Grand Power Hour 2019
antara award yang dimengangi oleh cowayregiment.com

Award yang dimenangi pada malam itu:

  1. 30 unit nett January, February and March
  2. 3WS consecutive Jan- March
  3. Top 10 Achiever Csteam Quarter 1
Csteam Grand Power Hour 2019
consecutive 3ws achiever

Alhamdulillah, terima kasih pada sokongan kalian. Doakan kami diberi kesihatan untuk terus membantu tuan puan tentang produk coway ya. Cowayregiment.com akan memacu lebih padu lagi untuk suku kedua 2019, semoga kami terus istiqomah.

Penapis Air Coway di Rawang

Penapis Air Coway di Rawang

Penapis Air Coway di Rawang

Kalau anda berada di sekitar rawang, CR ada untuk bantu anda.

Penapis air coway anda ada masalah? Atau anda nak beli penapis air coway cuma tak tahu nak beli dengan siapa?

Jangan bimbang, CR dan team akan bantu anda sehabis baik.

Kami akan servis anda sehingga depan pintu rumah, jadi anda tidak susah susah lagi perlu ke mall untuk beli penapis air.

Kaedah Tempah Penapis Air Coway di Rawang

Untuk semua penduduk Rawang, kini anda boleh tempah penapis air coway di Rawang dengan hanya di hujung jari sahaja!

Bermula 2019, coway sudah mula melakukan gerak kerja kearah tema Go Green, iaitu dengan paperless. Kini semua order pelanggan Coway boleh di tempah diseluruh malaysia dengan sistem online coway yang baru, iaitu e-key in.

Penapis Air Coway di Rawang

Kini tuan puan hanya perlu provide butiran pembelian pada kami sahaja melalui link dibawah, dan kami akan bantu tuan puan permudahkan urusan dengan e key in kedalam sistem coway.

Setelah kami dapatkan semua butiran tuan puan, kami akan tolong tuan puan keyin data tuan puan seperti di bawah;

Penapis Air Coway di Rawang

Untuk makluman, kami berpusat di Rawang , jadi sebarang masalah dan aduan boleh terus hubungi kami dengan menekan link dibawah ya.