Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Coway
Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Coway?
Antara kegusaran rakyat malaysia apabila hendak memiliki penapis coway ialah mereka takut jika mereka subscribe pakej ansuran ini, mereka tak sempat untuk habiskan bayaran kerana telah di jemput illahi.
Dulu sekitar 2016, CR sering dapat feedback ini dari mereka yang nak sangat beli coway tapi risau akan kemudian hari tentang kematian.
Tuan puan, mati itu pasti. Malah mengikut salah satu hadith sahih dari riwayat at Tirmidzi:
“Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).” Berkata Abu ‘Isa: “Hadis ini hassan.”
Dari hadith di atas jelas bahawa orang yang mengingati mati ini ialah orang yang bijak. Menurut Imam Syaddad Rahimahullah, kematian itu ialah sesuatu yang sangat mengerikan. Sakitnya adalah sangat sakit melebihi digergaji mahupun dilemaskan.
Wallahualam.
Apakah Tindakan Yang Harus Anda Lakukan?
Justeru, coway malaysia amat faham dan sedar akan risiko yang ditanggungnya. Maka, coway sendiri memberikan dua pilihan apabila berlakunya kes kematian atas nama pembeli tadi.
Inilah tindakan pertama yang perlu dilakukan waris jika berlakunya kematian atas nama pembeli penapis coway, waris perlu menghubungi ejen jualan yang si mati berurusan sebelum ini atau boleh terus cepat cepat hubungi careline coway di 1800888111.
Dan semestinya waris harus menyediakan dokumen dokumen penting yang diperlukan oleh pihak coway bagi mengesahkan si mati tersebut. Contohnya, sijil mati, kad pengenalan, dan sebagainya.
Kemudian barulah mereka akan diberikan DUA pilihan iaitu:
Waris Sambung Bayar Produk Arwah
Waris akan sambung bayar produk coway atas nama si mati tadi. Untuk kes ini mudah sahaja, hanya sediakan dokumen lengkap yang diperlukan coway dan coway akan tukar nama
Pulangkan Produk Semula Kepada Coway
Jika tiada waris, dan tiada orang yang nak sambung gunakan mesin itu, boleh terus pulangkan semula kepada coway dan tiada penalti dan denda dikenakan. Jika produk tertunggak, ia nya perlu dijelaskan.
Kesimpulan
Jadi jelaskah dengan penerangan di atas? Harap ianya dapat membantu kemusykilan tuan puan.
Semoga mereka yang telah pergi roh nya tenang di sana dan sentiasa di dalam lindungan Nya.
Wallahualam wassalam.