Jatuh Tangga Sebab Turun Naik Beli Air Mineral

Jatuh Tangga Sebab Turun Naik Beli Air Mineral

Jatuh Tangga Sebab Merana Turun Naik Isi Air

Assalamualaikum wbt.

Pada tarikh harini, tahun 2016, CR berjaya menguruskan tempahan penapis air coway dari seorang pelanggan ni, nama dia Puan Siti Hajar, lebih mesra di panggil Kak Jat.

Setahun Turun Naik Beli Air

Beliau merana lebih setahun turun naik isi air dekat rumah beliau.

setahun merana turun naik beli air mineral dekat luar sebelum pasang penapis air coway core chp671l

“Sudah setahun saya tinggal di selangor, setahun pergi balik bawa botol air tadah air kat penapis luar rumah.”

Puan Siti Hajar

Sibuk Bekerja

Kak Jat ni merupakan lecturer di salah sebuah kolej vokasional di selangor. Selama setahun lebih beliau dan keluarganya berpindah ke sini, mereka terpaksa beli air di mesin air yang berdekatan, dan terpaksa angkut turun naik dari tingkat 4 ke bawah.

wanita bekerjaya

Nak dijadikan cerita, kak jat ni pernah ada history slip disc tau. Jadi amatlah bahayanya beliau turun naik angkut botol air 5L tu. Tiga hari sekali mesti beliau kena topup balik air air dalam botol.

penapis air coway core chp671l

Bayangkan, sekali topup, dah kena bawak air 4 botol 5liter turun, lepas tu, kena isi satu satu. Kena tunggu lagi. Lepas isi semua botol, angkut pulak keatas. Allahu.

Jadi, kak jat pon google penapis air coway, dan terjumpalah website CR. Ceritanya, terus CR jumpa dia di rumah, dan kesian sangat, dia memang dah tak tahan dah nak angkut air.

Jadi lepas CR explain pada beliau, alhamdulillah beliau berkenan dengan model standing coway Core ni.

Now, alhamdulillah, dah tiga tahun dia guna Coway, dan semuanya berjalan lancar. CR amat syukur sangat sebab kak jat gembira sejak gunakan coway.

Kesimpulan

CR dah menguruskan lebih 700 unit produk coway satu malaysia, dan alhamdulillah kesemua nya berpuas hati dengan servis yang CR tawarkan.

trusted coway agent

Semoga produk produk ini dapat memberi manfaat pada anda semua dan semoga doa kalian menjadi asbab saham CR untuk menuju keredhaanNya.

Wallahualam.

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Assalamualaikum wbt. Kali ni kami nak togelkan lagi satu kisah scammer menyamar jadi ejen coway. Kisah hitam ini sebenarnya sudah banyak berlaku, malah ramai je ejen coway yang menipu telah berjaya diberkas oleh unit khas coway dan telah pon ditamatkan perkhidmatan.

Dijanjikan Tak Perlu Bayar Selama 3 Tahun

dijanjikan bayaran percuma selama 3 tahun

Di atas ialah conversation asal di antara pelanggan tersebut dengan scammer terbabit. Perhatikan gaya dan lenggok bahasa nya.

Kalau kita fikir dengan akal yang waras, tidak mungkin coway akan bagi sesuatu offer tak masuk akal seperti ini. Pernahkah kita terima offer dari salesman BMW untuk tidak perlu membayar installment kereta pelanggannya selama tiga tahun? Memang bungkus terus BMW tu bang.

Baru Tersedar Diri Tersontot

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Amat mendukacitakan: pelanggan itu ialah kawan kami sendiri. Kami juga pernah memberi amaran kepadanya agar jangan berurusan dengan ejen yang menjanjikan bulan dan bintang.

Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway

Barang Coway ni kami pasang dekat kedah. Ada kak ni yang dok wasap suruh bayar. Tapi kami tak bayar sebab aisy janji macam lain haritu. Katanya tak payah bayar sampai 3 tahun, ni tak sat kak tu call ada outstanding dekat 1k dah.

Sudah terhantuk baru terngadah. Bila ejen beretika seperti kami mencadangkan solusi yang terbaik sebelum perjanjian termetrai, semua menolak dan mengatakan kami kaut untung.

Tidak tuan puan, kami bekerja lillahitaala. Ikhlas. Kami benar benar nak membantu tuan puan dapatkan produk premium ini dengan servis 5 bintang! Tolong lah izinkan kami bantu tuan puan. Dah beratus kes aduan kami terima. Semua dek kerana scammer yang tidak bertanggung jawab.

Jika tuan puan pon mengalami masalah ditipu ejen coway, boleh tekan link di bawah, untuk kami bantu:

whatsapp saya
Mesin Air Tercemar

Mesin Air Tercemar

Mesin Air Tecemar Di Flat Sri Wangi

Penduduk Flat Sri Wangi Beli Air Dari Mesin Air Tercemar


Assalamualaikum wbt. Harini kita digemparkan dengan berita mesin air tercemar yang telah terjadi di flat sri wangi KL. Mesin air RO yang selalu dibeli oleh penduduk tempatan itu menjadi tumpuan utama sumber ‘air bersih’

Namun apakan daya, hampir 100% penduduk di flat itu tertipu dek mesin air RO tersebut kerana apabila pegawai kesihatan datang melakukan serbuan, keadaan mesin tersebut amat mendukacita kan. Senang kata gelilah!

Mesin Air Tercemar

Sewaktu serbuan dilakukan, dan pihak berkuasa bedah siasat keadaan mesin air tersebut, sangat mengerikan! Penduduk tempatan yang berada di situ juga turut kesal dan tidak lagi membeli di mana mana mesin air sepertinya lagi.

Mesin Air Tercemar

Dan lebih mensadiskan ialah mesin tersebut tidak mempunyai logo halal pada sebarang tabung filternya, yang menambahkan lagi keraguan penduduk untuk mengambil air di mesin terbabit.

karat dari mesin air tercemar
piawww punya karat

“Kak Nah sebelum ni mesti kena topup air seminggu 5 botol 5 Liter, yelah, anak ramai, mana cukup kalau sebotol. Lepas ni memang kak Nah kena pasang satu la penapis air dekat rumah.”

Kak Rosnah

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah menyita 4 mesin air di flat tersebut dan menyarankan penduduk untuk beli air mineral di mall ataupun pasang penapis air sendiri di rumah, lebih terjamin selamat.

Penapis Air Coway di Rawang

Penapis Air Coway di Rawang

Penapis Air Coway di Rawang

Kalau anda berada di sekitar rawang, CR ada untuk bantu anda.

Penapis air coway anda ada masalah? Atau anda nak beli penapis air coway cuma tak tahu nak beli dengan siapa?

Jangan bimbang, CR dan team akan bantu anda sehabis baik.

Kami akan servis anda sehingga depan pintu rumah, jadi anda tidak susah susah lagi perlu ke mall untuk beli penapis air.

Kaedah Tempah Penapis Air Coway di Rawang

Untuk semua penduduk Rawang, kini anda boleh tempah penapis air coway di Rawang dengan hanya di hujung jari sahaja!

Bermula 2019, coway sudah mula melakukan gerak kerja kearah tema Go Green, iaitu dengan paperless. Kini semua order pelanggan Coway boleh di tempah diseluruh malaysia dengan sistem online coway yang baru, iaitu e-key in.

Penapis Air Coway di Rawang

Kini tuan puan hanya perlu provide butiran pembelian pada kami sahaja melalui link dibawah, dan kami akan bantu tuan puan permudahkan urusan dengan e key in kedalam sistem coway.

Setelah kami dapatkan semua butiran tuan puan, kami akan tolong tuan puan keyin data tuan puan seperti di bawah;

Penapis Air Coway di Rawang

Untuk makluman, kami berpusat di Rawang , jadi sebarang masalah dan aduan boleh terus hubungi kami dengan menekan link dibawah ya.

Cara Bukak Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway Untuk Pindah Rumah

Assalamualaikum wbt. Kalau tuan puan dah guna penapis coway dan nak pindah rumah, sini saya kongsikan cara bukak penapis coway dengan betul.

Untuk proses pindah kan penapis air coway ini, produk anda perlu bawa ke alamat yang baru kemudian baru technician coway akan datang lakukan pemasangan semula (reinstallation)

Untuk produk coway yang dah habis waranti, boleh juga coway buat pemasangan semula cuma ada caj RM60 untuk labor fee.

Kebelakangan ini, ramai yang PM saya cara untuk bukak penapis coway kerana mereka mahu berpindah rumah. Jadi jangan bimbang, CR akan tunjukkan satu persatu caranya;

Tutup Butterfly Valve

Pertama sekali, tuan puan tutup butterfly valve yang menghubungkan sumber air paip ke tangki coway.

Cara Bukak Penapis Coway

Untuk tahu ia dalam posisi tutup atau tidak, kedudukan valve mesti berada pada sudut 90 darjah dari kedudukan saluran tiub warna jingga (oren). Jika butterfly valve dalam keadaan selari dengan tiub jingga, itu menunjukkan ia sedang terbuka. Boleh rujuk gambar di atas.

Jika butterfly valve ini tidak ditutup, air akan sentiasa mengalir dalam mesin. Jadinya nanti akan berlaku masalah jika sumber air ke mesin coway tidak ditutup terlebih dahulu.

Kosongkan Tangki Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway

Tuan puan boleh sambungkan hos kelabu yang dapat secara PERCUMA dari coway tu, dan cucuk pada tangki mesin coway.

Letakkan satu baldi air di bawah, dan kosongkan tangki air panas, dan sejuk satu per satu.

Selepas dah kosongkan air dalam tangki coway tadi, air tu boleh lah anda gunakan untuk mop lantai, basuh motor, atau nak buang dalam toilet pon boleh.

Potong Tiub Biru dan Jingga di Belakang Penapis Coway

Cara Bukak Penapis Coway

Selepas kosongkan tangki, tuan puan potong kedua tiub biru dan oren dibelakang penapis coway.

Mudah saja untuk potong tiub biru dan oren ni, anda hanya perlu ambil gunting yang tajam, dan potong sahaja di bahagian yang dikehndaki.

Tapi awas! Jangan potong pulak kabel power supply yang warna hitam tu ya.

Selepas potong, dah siap. Sedia untuk di bawak ke rumah baru tuan puan.

Hubungi HQ Coway Untuk Pemasangan Semula

Ok, bila anda sudah berada di lokasi yang baru, terus hubungi coway untuk pemasangan semula.

Careline Coway 1800-888-111

Dan dalam masa 48 jam, technician coway akan datang untuk lakukan pemasangan semula.

Mudah sahaja kan? Jika ada apa apa pertanyaan lanjut boleh terus komen di bawah ya.

Penapis Air Coway Bawah RM100

Penapis Air Coway Bawah RM100

Penapis Air Coway Berbaloi – Bawah RM100

Cari Penapis Air Coway Bulanan Bawah RM100?

Assalamualaikum wbt. Ramai yang ingat penapis air coway semua mahal mahal dan tiada pakej bawah RM100 bulanan.

Jadi, disini CR akan beri pencerahan pada anda tentang pakej pakej penapis air coway yang ada pada bawah RM100 sahaja bulanan.

Penapis Coway Mate – RM65 Bulanan

Penapis coway mate ni ialah yang paling murah di antara semua produk coway yang ada.

Jenis tankless, dan tidak menggunakan letrik, sangat menjadi pilihan geng geng minimalis yang tidak perlukan air panas dan sejuk.

CR sangat rekemen pada yang mereka tinggal di rumah jenis studio dan mereka yang single.

Penapis Coway Ferry – RM66 Bulanan

Penapis air coway ferry ni bulanan hanya RM66 sahaja.

Mempunyai tangki 3.2 liter, ia juga tidak menggunakan elektrik. Jadi sangat jimat dan mudah untuk digunakan

Penapis air coway ferry ni jugak mempunyai satu suhu sahaja iaitu ambient. Juga CR sangat rekemen pada geng geng minimalis yang tidak minum air panas dan sejuk.

Penapis Air Coway Kecil – RM99 Bulanan

Penapis air coway kecil ini yang paling hangat buat masa ni. Ia didatangkan dengan tiga pakej harga.

Dan ketiga tiga nya ialah penapis air coway yang bulanan bawah dari RM100.

Harga Pertama ialah pakej RM99 bulanan. Pakej 99 ni adalah seperti berikut:

  1. Servis 2 bulan sekali selama 5 tahun
  2. Penukaran filter setiap 4 bulan selama 5 tahun
  3. Waranti penuh produk selama 5 tahun
  4. Percuma pemasangan semula setahun sekali

Penapis Air Coway Kecil – RM88 Bulanan

Ini ialah pakej kedua untuk model penapis air coway kecil.

Bulanan hanya RM88 sahaja dan sememangnya kena dengan bajet anda yang mencari penapis air coway di bawah RM100 bulanan.

Melalui pakej ini, anda akan menikmati

  1. Servis 2 bulan sekali selama 6 tahun
  2. Penukaran filter setiap 4 bulan selama 6 tahun
  3. Waranti penuh produk selama 6 tahun
  4. Percuma pemasangan semula setahun sekali

Penapis Air Coway Kecil – RM77 Bulanan

Ini ialah pakej ketiga model penapis air coway kecil.

Harga yang coway tawarkan ialah RM77 sahaja bulanan. Dan ia sememangnya sangat sangat ngam dengan bajet anda yang mencari penapis air bawah RM100 bulanan.

Melalui pakej ni, anda akan dapat:

  1. Servis 2 bulan sekali selama 7 tahun
  2. Penukaran filter setiap 4 bulan selama 7 tahun
  3. Waranti penuh produk selama 7 tahun
  4. Percuma pemasangan semula setahun sekali

Kesimpulan

Di coway, kami ada pelbagai jenis variasi penapis air coway untuk anda pilih. Dari high end products, pada model basic.

Jadi selaku pengguna coway, anda berhak untuk pilih mengikut bajet dan spesifikasi anda. Dan kami di CR akan bantu anda sebaiknya untuk dapatkan penapis coway yang paling sesuai.

CR dah menguruskan lebih 700 unti produk coway dalam dan luar negeri. Jadi jangan ragu dan sangsi untuk berurusan dengan kami ya.

Klik sahaja link di bawah, dan kami akan bantu