Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Coway

Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Coway

Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Coway?

Meninggal Dunia Sebelum Habis Bayar Coway?

Antara kegusaran rakyat malaysia apabila hendak memiliki penapis coway ialah mereka takut jika mereka subscribe pakej ansuran ini, mereka tak sempat untuk habiskan bayaran kerana telah di jemput illahi.

Dulu sekitar 2016, CR sering dapat feedback ini dari mereka yang nak sangat beli coway tapi risau akan kemudian hari tentang kematian.

Tuan puan, mati itu pasti. Malah mengikut salah satu hadith sahih dari riwayat at Tirmidzi:

“Daripada Abu Ya’la Syaddad bin Aus RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Orang yang cerdik (yang berakal) adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang lemah (imannya) adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada Allah SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).” Berkata Abu ‘Isa: “Hadis ini hassan.”

apa harus di lakukan kalau meninggal dunia sebelum habis bayar coway?

Dari hadith di atas jelas bahawa orang yang mengingati mati ini ialah orang yang bijak.  Menurut Imam Syaddad Rahimahullah, kematian itu ialah sesuatu yang sangat mengerikan. Sakitnya adalah sangat sakit melebihi digergaji mahupun dilemaskan.

Wallahualam.

Apakah Tindakan Yang Harus Anda Lakukan?

hubungi careline coway 1800888111

Justeru, coway malaysia amat faham dan sedar akan risiko yang ditanggungnya. Maka, coway sendiri memberikan dua pilihan apabila berlakunya kes kematian atas nama pembeli tadi.

Inilah tindakan pertama yang perlu dilakukan waris jika berlakunya kematian atas nama pembeli penapis coway, waris perlu menghubungi ejen jualan yang si mati berurusan sebelum ini atau boleh terus cepat cepat hubungi careline coway di 1800888111.

Dan semestinya waris harus menyediakan dokumen dokumen penting yang diperlukan oleh pihak coway bagi mengesahkan si mati tersebut. Contohnya, sijil mati, kad pengenalan, dan sebagainya.

Kemudian barulah mereka akan diberikan DUA pilihan iaitu:

Waris Sambung Bayar Produk Arwah

waris perlu report pada coway cepat cepat

Waris akan sambung bayar produk coway atas nama si mati tadi. Untuk kes ini mudah sahaja, hanya sediakan dokumen lengkap yang diperlukan coway dan coway akan tukar nama

Pulangkan Produk Semula Kepada Coway

pulangkan semula produk

Jika tiada waris, dan tiada orang yang nak sambung gunakan mesin itu, boleh terus pulangkan semula kepada coway dan tiada penalti dan denda dikenakan. Jika produk tertunggak, ia nya perlu dijelaskan.

Kesimpulan

Jadi jelaskah dengan penerangan di atas? Harap ianya dapat membantu kemusykilan tuan puan.

Semoga mereka yang telah pergi roh nya tenang di sana dan sentiasa di dalam lindungan Nya.

Wallahualam wassalam.

Penapis Udara ‘Bunuh’ Virus Covid 19?

Penapis Udara ‘Bunuh’ Virus Covid 19?

Adakah Benar Penapis Udara Boleh ‘Bunuh’ Virus Covid 19?

Sejak corona virus muncul pada 2019 lalu, banyak isu isu seperti apakah penawar untuk virus ini, dan apakah cara terbaik untuk mencegah nya.

Dan apa yang paling membimbangkan, ada pihak (baca: ejen jualan penapis udara) yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk mereka dengan klaim produk mereka itu mampu menapis virus corona ini.

Persoalan nya, sejauh manakah kebenaran perkara ini?

Jadi di entry ini, CR akan kongsikan semua maklumat yang CR tahu, sumber yang sahih, tiada penyelewangan. Ini kerana CR hanya berkongsi pada perkara yang fakta dan benar sahaja.

Setiap Ciptaan Manusia Punya Kelemahan

kelemahan penapis udara coway

Penapis air, penapis udara, dan macam macam lagi kemudahan ini dicipta oleh manusia.

Setiap satunya pasti mempunyai limitasi dan kelemahan masing masing. Tapi memang tak dapat dinafikan dengan adanya penapis udara, ia sangat membantu dalam menghalang virus dan bakteria dari terus merebak dalam udara indoor.

Kalau tidak, masakan hospital, pusat pakar mata dan sebagainya turut menggunakan penapis udara ini.

Namun, haruslah kita ketahui bahawa ia sama sekali dilarang untuk di overclaim sesuatu produk ini.

Justeru, kita sebagai pengguna penapis udara harus tahu satu garisan had iaitu: mengurangkan risiko terkena jangkitan virus covid 19 ialah tidak sama dengan menghapuskan virus itu sendiri. Kita kena terang dan jelas tentang perbezaan mengurangkan dan menghapuskan disini.

Kebaikan Apabila Menggunakan Penapis Udara

Penapis udara ini bagaimanapun memberikan banyak manfaat pada manusia. Terutama musim pandemik influenza seperti zaman sekarang.

Tahukah anda penapis udara coway semuanya dilengkapi dengan anti bacterial dan influenza filter khas untuk mencegah bakteria bakteria dan virus untuk memberi infeksi pada kita.

anti bacteria dan influenza filter coway

Selain itu, lapisan filter lain yang terdapat dalam penapis udara coway ini memang di bina spesifik untuk menapis alergen, habuk dan asap dalam rumah. Terutama anda yang mempunyai pasangan kuat merokok mahupun vape, ini sangat sesuai.

HEPA Filter Menapis Sehingga 99.97% Microbes

HEPA filter penapis udara coway

Mengikut sumber dari WHO dan Consumer Reports, Toronto, HEPA filter mampu menapis 99.97% zarah yang bersaiz 0.3 micron.

perbandingan saiz corona virus
ini hanyalah gambaran CR sahaja

Dan dengan adanya multi saiz filter didalam penapis udara coway, membuatkan ia sangat efisien untuk menapis zarah bersaiz lebih kecil dari 0.3 micron termasuk covid 19.

Sejauh Mana Keberkesanan Penapis Udara Coway?

Setiap penapis udara mempunyai tahap keberkesanannya tersendiri.

Ia tidak semata mata bergantung kepada harga penapis udara tersebut. Boleh jadi penapis udara itu mahal tetapi ia kurang efektif untuk anda.

Jadi bagaimana untuk mengukur keberkesanan nya?

Baik, mudah sahaja. Garis panduan mengukur keberkesanan penapis udara ini ada pada CADR sesuatu model penapis udara itu.

CADR (clean air delivery rate) ialah bermaksud kadar kecepatan penapis udara itu meneutral dan membersih kan udara di dalam rumah kita.

CADR untuk penapis udara lombok 3 ialah seperti berikut;

Pollen = 260 ft2

Dust = 241 ft2

Smoke = 250 ft2

Menurut laporan dari James Dickerson, Consumer Reports Chief Science Officer; satu penapis udara yang bagus ialah ia mempunyai CADR pada 240 ft2.

Berdasarkan pada laporan beliau, maka sudah jelas, penapis udara lombok 3 sangat sesuai dan paling praktikal untuk digunakan sepanjang masa.

Kesimpulan

Penapis udara coway ini amat efektif untuk membendung penyebaran virus dan bakteria, namun jika disalah letak ia akan kurang efektif.

Ini ialah saranan dari pakar dan keratan dari buletin utama TV3. Penapis udara memang sesuatu yang praktikal di kala waktu pandemik seperti ini.

Walaubagaimanapun, kita selaku manusia, jangan sekali kali memandang mudah isu covid 19 ini. Teruskan mengamalkan SOP yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penapis udara ini hanyalah satu dari berbagai bagai langkah pencegahan yang perlu kita lakukan hari ni bagi mencegah diri kita dan orang sekeliling di jangkiti covid 19.

amalkan s.o.p, dan pasang penapis udara untuk mencegah penularan penapis udara

Sentiasa memakai mask, gunakan hand sanitizer, jaga penjarakan sosial, kurangkan berada di tempat sesak dan sentiasa basuh tangan sebelum makan. InsyaAllah wabak covid ini akan berlalu pergi.

Wallahualam.

Apakah Perbezaan Penapis Udara Lombok 2 dan Lombok 3

Apakah Perbezaan Penapis Udara Lombok 2 dan Lombok 3

Perbezaan Penapis Udara Lombok III dan Lombok 2

Assalamualaikum wbt. Pada awal oktober 2020 lalu, coway dah melancarkan siri Ketiga untuk model penapis udara lombok. Ini ialah untuk memastikan pelanggan coway akan lebih menikmati udara yang lebih segar didalam rumah.

Seperti syarikat syarikat gergasi yang lain, coway turut mengambil langkah drastik ini untuk memastikan ia kekal relevan untuk bersaing dengan model model lain.

Macam Honda City lah. Dari keluaran tahun 80 an, ia berevolusi hingga sekarang, macam macam jenis improvement yang dilakukan, and yet they maintained their originality. Begitulah juga dengan siri model penapis udara lombok ini.\

Oklah, jom kita compare sepintas lalu perbezaan lombok 2 dan lombok 3.

Jenis Filter Didalam Penapis Udara Lombok 3

Penapis udara lombok 3 ni mempunyai 6 lapisan filter didalamnya. Setiap filter itu mempunyai tugas spesifik masing masing.

Untuk siri yang lama, iaitu Penapis udara lombok 2, ia tidak dilengkapi Fine Dust Filter.

Fine dust filter inilah yang menapis zarah zarah halus pada saiz 2.5micron.

Kelebihan Penapis Udara Siri Lombok 2 dan Lombok 3

Tahukah anda semasa PKP yang dilakukan pada Mac 2020 yang lalu, jualan penapis udara coway model Lombok 2 ini melonjak naik 300%?

rbd plasma filter yang terdapat dalam Coway Lombok 3

Semua ini kerana hanya siri model Lombok sahaja yang dilengkapi dengan RBD Plasma, dan ioniser. Fungsi RBD plasma ini mampu menyah aktifkan virus di permukaan udara serta membunuh kuman dan bakteria sehingga 99%.

RBD plasma di dalam lombok 3 ini bekerja dengan cara ia akan zap bakteria dan virus yang lalu pada permukaan filter tersebut.

ini ialah imaginasi admin sahaja tentang konsep RBD Plasma

Selain itu, kuasa sedutan yang sangat kuat untuk model Lombok 2 dan Lombok 3 ini juga menyebabkan ia menjadi pilihan utama untuk mereka yang mahukan udara segar dan bebas virus dan kuman di dalam rumah.

Jadi bagi mereka yang mempunyai pasangan kuat merokok, model siri Lombok 3 ini sangat sangat sesuai dan praktikal untuk digunakan.

Fungsi Istimewa Lombok 3 – Fine Dust Indicator

Fine dust indicator ni merupakan pengukur kepada status kualiti udara dalam rumah kita.

Melalui features terbaru pada lombok 3 ini, kita bukan sahaja boleh tahu status kualiti udara, malah kita di situ juga turut menunjukkan gas pollution level.

Ini bermaksud, jika lombok 3 mengesan gas yang tak neutral, ia akan automatik menyedut gas tersebut dan membersihkan udara di sekelilingnya. Canggih bukan?

indicator lombok 3

Di fine dust indicator ini juga mempunyai warna warna tertentu untuk menunjukkan kadar pencemaran udara dalam rumah kita.

Warna yang terdapat pada indicator ini ialah Biru, Hijau, Kuning dan Merah. Biru menunjukkan udara dalam rumah sangat baik, manakala merah pula menunjukkan kualiti udara perlu di perbaiki sekarang.

Kesimpulannya, penapis udara coway lombok 3 merupakan pilihan terbaik untuk seisi keluarga yang mahukan kualiti udara didalam rumah lebih baik.

Terutama mereka yang mempunyai alergik habuk, ada yang bela kucing, dan pada yang menghidap asthma.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan penapis udara lombok 3, boleh terus hubungi CR dengan tekan sahaja link whatsapp di bawah:

Skim Bayaran Advance Rental Produk Coway

Skim Bayaran Advance Rental Produk Coway

Skim Bayaran Advance Rental Produk Coway

pakej bayaran advance produk coway

Coway merupakan sebuah syarikat multi billionair dan di Malaysia, coway sudah bertapak lebih 13 tahun.

Di malaysia juga ada lebih 2 juta pelanggan yang sudah menggunakan produk coway. Ini termasuk lah syarikat syarikat gergasi seperti Petronas, CIMB, Khazanah dan macam macam lagi.

Justeru, coway menyediakan pelbagai jenis platform bayaran coway khas untuk pelanggan nya.

Ini bertujuan bagi memudahkan pelanggan coway yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan bangsa.

Pakej Bayaran Advance Rental Coway

advance rental coway

Coway menawarkan tiga pakej untuk bayaran advance produk coway.

Pakej Bayaran 6 Bulan Advance Penapis Coway

adance rental untuk 6 bulan

Di bawah, CR sediakan kiraan untuk pakej 6 bulan bayaran advance produk coway.

Contoh: Penapis air coway villaem 2, bulanan ialah RM120

RM120 x 6 = RM720
RM720 – 6% = RM676.80
Anda hanya membayar RM676.80 SAHAJA dan penjimatan anda ialah sebanyak RM43.20

Pakej Bayaran 12 Bulan Advance Penapis Coway

advance rental untuk 12 bulan

Di bawah, CR sediakan kiraan untuk penjimatan melalui pakej bayaran advance 12 bulan;

Contoh: Penapis air coway villaem 2, bulanan ialah RM120

RM120 x 12 = RM1440
RM1440 – 12% = RM1267.20
Anda hanya membayar RM1267.20 SAHAJA dan penjimatan anda ialah sebanyak RM172.80

Pakej Bayaran 24 Bulan Advance Penapis Coway

advance rental 24 bulan

Ini pula ialah kiraan penjimatan untuk tempoh 24 bulan bayaran advance rental penapis coway.

Contoh penapis air coway villaem 2, bulanan RM120

RM120 x 24 = RM2880
RM1440 – 24% = RM2188.80
Anda hanya membayar RM2188.80 SAHAJA dan penjimatan anda ialah sebanyak RM691.20!

Nahh, ini menunjukkan apabila anda membuat bayaran advance rental untuk produk coway, lebih banyak penjimatan yang anda akan dapat.

Syarat Bayaran Advance Rental Produk Coway

syarat pakej bayaran advance penapis coway

Bagaimanapun, untuk bayaran advance payment coway, ada syarat syarat yang perlu kita comply.

a. Produk mestilah dibeli dengan harga asal, bukan harga promo. Contoh:

Penapis air villaem 2 harga asal ialah RM120. Tetapi kita beli dengan harga promo iaitu RM104 bulanan, maka kita takkan dapat pakej promo penjimatan 3%, 6% dan 12% ini.

b. Promosi tidak boleh bertindih.

Kesimpulan

CR dah menguruskan lebih 700 unit produk coway semalaysia. Dan lebih 100 orang setiap hari refer pada kami tentang promo dan cara belian produk coway.

trusted coway agent

Pada sesiapa yang memerlukan bantuan dan pencerahan lebih lanjut, boleh klik je whatsapp di bawah.

booking now
Perlukah Penapis Udara Dalam Rumah?

Perlukah Penapis Udara Dalam Rumah?

Perlukah Penapis Udara Dalam Rumah?

Betul ke penapis udara ni sangat penting untuk dipasang dalam rumah kita pada hari ini? Betul ke penapis udara ni jugak boleh membendung virus covid 19 dari tersebar dalam rumah?

Persediaan Udara Segar Dan Selamat Dalam Rumah

Sebagai seorang ibu dan ayah, tempat yang kita rasa paling selamat mestilah dalam rumah, betul? Atau pun setidak tidaknya, kita akan mewujudkan suasana selamat itu.

Tetapi, tahukah anda, sebenarnya kebanyakkan penyakit kita boleh dapat dari dalam rumah! Dan rumah juga merupakan tempat paling tercemar jika tidak di bendung dengan sewajarnya?

Bahan-bahan kimia yang meruap daripada cat dinding rumah.

  • Habuk & Kulat daripada karpet & perabot, makhluk-makhluk halus yang kita tak nampak ie virus & bacteria yang kita bawak balik ke rumah tanpa sedar dan daripada pets
  • gas-gas yang bahaya macam formaldehyde daripada peti ais, ubat nyamuk & serangga
  • asap rokok (kalau ada perokok la dalam rumah)
  • Masalah jerebu
  • Bau bauan dari pada kain baju yang dijemur indoor, dapur, tilam dan sofa dan bermacam macam lagi!

Jika rumah yang sentiasa tertutup, aircond ON 24jam, lagi teruk kadar pencemaran domestik.

Simptom Simptom Udara Dalam Rumah Tidak Bersih

Hidung Sentiasa Berair

Bayi dan kanak kanak paling mudah terkesan apabila udara dalam rumah tidak sihat.

Hidung mereka paling sensitif sebab dalam hidung kita mempunyai ribuan reseptor yang membantu kita bernafas dan menghidu. Sebab itulah kita memerlukan penapis udara didalam rumah.

Batuk Yang Kerap

Perasan tak anak anak kita kalau balik sekolah tiba tiba selsema, tiba tiba batuk.

Itulah tanda udara dalam rumah kita tercemar.

Ini boleh disebabkan kerana pengudaraan yang kurang baik didalam rumah, jadi itulah punca mereka kerap mengalami batuk

Bayi Kerap Demam

Apabila telah berlaku jangkitan kuman dalam badan, maka demam mulalah melanda si kecil.

Apabila anda memilih penapis udara yang mempunyai RBD Plasma dan juga HEPA filter, dengan izin Nya, sakit seperti ini dapat dijauhi.

Kita ikhtiar sehabis baik, insyaAllah ada penyelesaiannya.

Bayi Sesak Nafas

Simptom makin bertambah teruk apabila bayi kita mula mengalmi sesak nafas.

Inilah kepentingan HEPA filter didalam penapis udara. Ia mampu menapis habuk habuk dan germs pada saiz 0.01 micron.

Kulit Naik Gatal Gatal

Keadaan jadi lebih mencabar apabila kulit si manja naik ruam ruam merah kegatalan.

Dengan adanya kombinasi tapisan air mandian dan penapis udara, ia akan membantu si kecil pulih dengan pantas.

Fungsi Penapis Udara

Penapis udara mampu mengatasi masalah pencemaran didalam rumah dengan cara ia meneutralkan udara didalam rumah anda.

Penapis udara Lombok 3 sangat sesuai untuk diletakkan di ruang tamu sekaligus menghalang masuk bakteria dan virus kedalam rumah (dengan syarat posisi lombok 3 itu diletakkan ialah betul).

Jadi tugas CR ialah untuk educate anda cara penggunaan penapis udara dengan betul supaya kesan nya dapat di optimumkan.

Filter Filter Di dalam Lombok 3

Kesemua simptom yang CR sebutkan diatas tadi boleh dibendung dengan hanya menggunakan penapis udara coway lombok 3.

Penapis udara lombok 3 terdiri daripada 6 lapisan penapisan.

  1. Prefilter – Menapis habuk habuk kasar seperti rambut, pasir dan sebagainya.
  2. Fine dust filter – menapis saiz zarah 70 kali ganda lebih halus dari sehelai rambut.
  3. HEPA filter – Menapis asap asap rokok, nikotin dan tar serta gas gas berbahaya
  4. RBD Plasma – Membunuh bakteria dan deaktifkan virus dalam udara.
  5. Catalyst Filter – Menapis formaldehyde, toluene dan gas gas berbahaya yang lain
  6. Deodorisation Filter – Membuang bau bau yang tidak menyenangkan

Pollution Indicator Pada Lombok 3

Kelebihan lombok 3 ni ialah kerana ia dilengkapi dengan 2 jenis indicator.

Pertama: Particle pollution indicator.

Kedua: Gas pollution indicator.

Jika keadaan udara didalam rumah tidak segar, ia akan cepat berubah warna dan cepat cepat meneutralkannya semula.

Penunjuk Warna Pada Indicator Lombok 3

Warna biru pada lombok 3 menunjukkan kualiti udara dalam rumah sangat baik

Manakala warna merah menunjukkan kualiti udara sangat teruk.

Kan mudah bila ada penanda aras kualiti udara dalam rumah. Kita akan sentiasa alert keadaan udara serta kebersihannya.

Barulah si kecil boleh bermain dengan riang dalam rumah.

Kesimpulan

Jadi jika anda tanya kami, perlukah penapis udara disetiap rumah, jawapannya semestinya perlu!

Tips Memilih Penapis Udara

Tips Memilih Penapis Udara

Tips Memilih Penapis Udara Di Rumah

Assalamualaikum wbt. Ramai klien kami bertanyakan apakah faktor penting dalam membeli penapis udara paling sesuai untuk mereka.

Kegunaan penapis udara adalah berbeza beza; samada untuk kegunaan di rumah, pejabat, pesakit asthma, pembela haiwan peliharaan, mahupun untuk perokok tegar.

Namun begitu, jangan khuatir, CR akan ringkaskan 5 poin penting untuk anda nilai dan buat pilihan membeli penapis udara.

Jadi dengan pengalaman lebih 5 tahun menguruskan pembelian penapis air dan udara coway, CR akan kongsikan 5 tips penting ini untuk anda dalam memilih penapis udara untuk rumah anda.

Tips Tips Memilih Penapis Udara

1- Budget Anda

Dalam memilih sesuatu produk yang akan kita guna untuk satu tempoh masa yang sangat lama, belanjawan merupakan faktor utama.

Jadi disebabkan itulah coway telah mengeluarkan variasi penapis udara mengikut bajet anda, dari serendah hanya RM70 bulanan.

Di atas CR lampirkan senarai harga penapis udara coway melalui belian pakej tunai untuk rujukan anda.

Dengan RM2.33 sahaja sehari, anda sudah boleh memiliki produk penapis udara premium dari coway. Menarik bukan?

Kini hanya dengan RM70 untuk penapis udara storm, dan RM90 untuk penapis udara lombok 3, anda pastinya mempunyai banyak pilihan.

2- Coverage Area Penapis Udara

Keluasan permukaan berkesan untuk satu satu penapis udara ini sangatlah penting.

Ini kerana, jika penapis udara yang mempunyai coverage area yang kecil (20m2), tetapi diletakkan di ruang tamu bersaiz 50 m2 memang tidak akan berkesan.

lineup penapis udara coway untuk rujukan

Apabila klien tersalah langkah memilih penapis udara dengan coverage area yang sesuai, di pengakhiran nanti, klien juga yang tidak akan berpuas hati.

Dibawah ialah perbandingan coverage area penapis udara coway untuk rujukan anda:

Melalui carta diatas, kesimpulannya mudah, penapis udara model Breeze sangat sesuai untuk bilik tidur, dan model penapis udara lombok 3 sangat sesuai diletakkan di ruang tamu.

Penapis udara tuba pula sangat sesuai digunakan untuk premis premis perniagaan, perpustakaan, gimnasium, dobi dan sebagainya.

3- Mempunyai Silent Mode

Setiap penapis udara coway mempunyai keunikan dan kelebihan ia tersendiri.

Semua penapis udara coway dilengkapi dengan silent mode (mod senyap).

Mod ini sangat penting kerana ia dapat menjimatkan elektrik, selain dari mod eco.

4- Lapisan Filter Yang Terdapat Di Dalam Penapis Udara

Apabila anda hendak memilih penapis udara yang terbaik, kena pastikan penapis udara itu mempunyai sekurang kurangnya filter ini: RBD plasma, HEPA filter, dan fine dust filter.

Apabila satu satu penapis udara itu mempunyai semua filter diatas, ia akan berfungsi dengan baik bagi menapis bakteria dan virus.

Penapis udara lombok 3 mempunyai 6 peringkat penapisan.

Melalui 6 peringkat ini, virus dan bakteria dapat dihalang daripada menembusi ruang litup (coverage area) penapis udara lombok 3.

5- Mempunyai Servis Sanitasi dan Penukaran Filter

Sebagaimana anda sedia tahu, penapis udara coway sememangnya lengkap dengan servis sanitasi dan penukaran filter.

Penapis udara yang sentiasa diservis akan lebih improve lagi kualiti udara bersih yang dihasilkan.

Sebab itu lah dengan pakej lengkap sewa beli ini, anda akan menikmati:

  1. Penukaran filter setiap 4 bulan selama 5 tahun
  2. Servis sanitasi setiap 2 bulan selama 5 tahun
  3. Waranti penuh produk untuk 5 tahun

Kesimpulan

Tuntasnya, penapis udara ini memang satu keperluan pada zaman pandemik seperti covid 19 ini.

Justeru, anda memang perlu bijak dalam memilih penapis udara yang sesuai dengan anda bersandarkan 5 poin penting yang CR kongsikan tadi.

CR sudah menguruskan lebih 700 unit penapis coway di Malaysia sejak 2015. Dan akan terus setia bersama coway untuk membantu anda dapatkan produk yang terbaik pada harga mampu milik.

Dan jika anda masih mengalami kekeliruan, jangan teragak agak untuk hubungi kami.

Terus tekan whatsapp di bawah, dan team CR akan bantu anda sebaik mungkin.