Waranti Tilam Coway

Waranti Tilam Coway

Waranti Tilam Coway – Baca Dulu Sebelum Beli

Apabila berkaitan dengan membeli tilam level kayangan ( tapi harga marhaen) macam coway ni, perkara pertama kita kena ambil peduli ialah WARANTI tilam coway.

So entry ini CR akan kongsi dengan semua bakal bakal pembeli tilam coway dari CR untuk baca dan faham kan betul betul apakah perkara yang coway lindungi untuk tilam kayangan korang. Kalau tak faham, BUZZ sahaja CR okay!

Kandungan Waranti Tilam Coway

waranti tilam coway

6 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Waranti Tilam Coway

a) Waranti tilam coway efektif serta merta apabila produk tilam dah dihantar dan dipasang (bedframe) di rumah pelanggan. Waranti tilam ialah 5 tahun dan ia nya merangkumi jika kerosakan berpunca dari kecuaian pekerja coway ataupun kecacatan kilang (Korang wajib check betul betul masa coway deliver tilam ke rumah korang ok!).

b) Waranti ini juga termasuk alat gantian tilam PERCUMA yang difikirkan perlu dan wajar oleh Coway sepanjang tempoh waranti.

c) Klausa 6C WAJIB semua pelanggan tilam coway baca dan fahami.

d) Pelanggan hendaklah bertanggungjawab dan menanggung kos kerugian Coway untuk sebarang kerosakan yang berpunca dari KLAUSA 6C di atas.

e) Coway berhak untuk membaiki, atau menggantikan tilam anda sepanjang tempoh jaminan 5 tahun. Hak tersebut termasuk menukar mana mana bahagian tilam yang rosak, atau menukar terus tilam lama yang rosak kepada yang baru yang coway fikirkan ianya perlu; dimana tilam lama coway menjadi hak milik coway semula.

f) Semasa penghantaran dan pemasangan produk, sebarang permintaan untuk menukar tilam (saiz atau jenis) atau refund tidak dilayan sama sekali.

FAQ Berkenaan Tilam Coway

FAQ #1 – Bilakah Topper Tilam Coway Ditukar?

faq tilam coway - bilakah topper tilam coway di tukar

Sekiranya korang beli tilam coway melalui pakej lengkap sewa beli ni, TOPPER tilam coway akan ditukar pada tahun ke 3 secara PERCUMA.

Jika korang beli tilam coway melalui belian tunai, topper tilam tak ditukar secara percuma, dan korang hanya dapat pakej servis cucian tilam untuk 1 tahun sahaja.

FAQ #2 – Macam Mana Nak Buang Tilam Dan Katil Lama?

FAQ #2 - Macam Mana Nak Buang Tilam Dan Katil Lama?

Untuk urusan buang tilam yang lama melalui tim penghantar tilam coway, korang akan dicaj dengan harga berikut:

Topper tilam : RM50

Tilam: RM100

Topper + Tilam : RM100

Tilam + katil + topper : RM200

Tilam + Katil : RM200

Namun, kalau korang tak nak menggunakan servis ini dari coway pun takpe. Korang boleh buang sendiri atau pindah sendiri katil dan tilam lama korang. Ia nya bukan lah satu kewajiban.

FAQ #3 – Bagaimana Kalau Pelanggan Nak Pindah Rumah dan Reinstall Katil dan Tilam Coway di Tempat Baru?

Bagaimana Kalau Pelanggan Nak Pindah Rumah dan Reinstall Katil dan Tilam Coway di Tempat Baru

Kalau korang nak pindah ke tempat baru, dismantling / reinstalling tilam dan bedframe disediakan. Harga untuk per service ialah RM140. Namun! pengangkutan untuk hantar tilam dan katil ke alamat baru tidak disediakan oleh Coway, itu ialah sepenuhnya urusan korang untuk hantar tilam ke tempat baru.

Kesimpulan

Sekiranya anda masih kurang jelas tentang waranti tilam coway atau berminat untuk mendapatkan tilam coway ini, boleh terus tekan link dibawah, ok! Jangan risau, CR dah menguruskan lebih 900 pelanggan seluruh malaysia tau.

Tekan link dibawah untuk beli tilam coway ya!

Coway Experience Centre

Coway Experience Centre

Coway Experience Centre – Pengalaman Luar Biasa Untuk Pelanggan Coway Dan Ejen Coway

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi, akhirnya sesuatu yang sangat besar dari coway berjaya kami deliver pada awal tahun 2021 ini. Di CEC juga terdapat 5 section, iaitu :

  1. Brand Heritage
  2. Water Care
  3. Air Care
  4. Living Care
  5. Service Care

Section Brand Heritage – Coway R&D Centre

Coway Experience Centre merupakan hub untuk seluruh rakyat malaysia untuk datang dan melihat sendiri sejarah tertubuhnya coway dan penerangan terperinci apa sebenarnya yang ada dalam R&D centre Coway di Seoul, Korea.

Dengan tertubuhnya CEC ini, ramai rakyat malaysia boleh datang sendiri dan mengalami bagaimana keadaan sebenar Coway beroperasi di R&D Centre.

Di bahagian Brand Heritage ini terdapat beberapa lagi pecahan, apabila anda masuk ke bahagian ini, anda akan nampak falsafah, visi dan misi Coway di Malaysia.

Selain itu, di bahagian ini, coway semadikan juga replika kesemua anugerah anugerah yang telah coway menangi sejak tahun 2006 sehingga ke hari ini.

Water Care – Pendedahan Eksklusif Untuk Seluruh Rakyat Malaysia

Dibahagian ini coway menceritakan secara terperinci segala ujian air, sampel yang diambil, dan semua yang berkait dengan penapis air.

Air Care

Di bahagian ini, anda boleh meniliti kesemua filter filter yang terdapat didalam penapis udara coway.

Disini juga ada menerangkan secara detail fungsi setiap penapis nya. Kami juga turut menyediakan demo set untuk anda melihat sendiri penapis udara coway berfungsi menyedut semua habuk, asap dan kotoran.

Kesimpulan

Keseluruhan nya, di CEC, segala info yang anda perlukan berkaitan coway ada disediakan. Maklumat semuanya ada dan kami juga turut menyediakan dua orang tour guide untuk bantu anda di sana.

CR dah menguruskan lebih 700 unit produk Coway Semalaysia. Jika anda ingin CR bantu untuk dapatkan produk coway ataupun bantu anda jana income sebagai ejen coway, boleh hubungi CR.

ejen coway trusted
Ejen Coway Tanjung Malim

Ejen Coway Tanjung Malim

Ejen Coway Tanjung Malim – Trusted, Mudah Dihubungi dan Cepat

Pekan tanjung malim ni memang sangat lah tidak asing lagi bagi CR. Di tanjung malim ni, CR dah menguruskan tempahan lebih dari 45 buah keluarga sejak 2015 dalam coway.

Setakat harini, alhamdulillah, masih berkembang dengan baik pasaran coway di sini.

CR tahu, pekan tanjung malim sangat jauh dari ofis dan show room coway. Show room paling dekat pun sekitar 60 km! Sangat jauh.

Jadi, warga penduduk tanjung malim jangan bimbang, CR menyediakan khidmat konsultasi produk coway sehingga kedepan pintu rumah anda.

ejen coway tanjung malim - kami servis sehingga depan pintu rumah anda.

Hanya perlu whatsapp [ tekan link di bawah ] atau pun call CR di [ 012 781 9907 ] dan CR akan sampai depan pintu anda dalam masa 20 minit sahaja.

booking now

Siapakah cowayregiment.com

ejen coway tanjung malim

CR dah bekerja di coway malaysia sejak 2015 lagi dan CR dah menguruskan tempahan lebih dari 700 unit satu malaysia.

Dan CR juga merupakan ejen top nationwide untuk tahun 2019/2020

ejen coway tanjung malim

Jadi anda tak perlu ragu tentang servis dan kejujuran CR. Semestinya terbaekk dari ladang yang akan kami persembahkan.

booking now
Kelebihan Tilam Coway

Kelebihan Tilam Coway

Kelebihan Tilam Coway

inilah kelebihan tilam coway

Manusia normal memerlukan kira kira 8 jam sehari untuk waktu tidur. Inilah portion waktu tidur yang optimum untuk otak manusia berfungsi dengan baik.

8 jam waktu tidur ini kemudian boleh dipecahkan mengikut keperluan seseorang individu.

Ada yang menggunakan total 8 jam waktu tidur pada waktu malam. Ada pula yang membahagikan pada 5 jam tidur pada waktu malam; 1 jam di waktu tengah hari; 2 jam selepas maghrib dan sebagainya.

Tilam Yang Tak Sesuai Punca Masalah Tidur Yang Kronik

masalah tidur yang kronik berpunca dari tilam

Tahukah anda, tilam memainkan faktor penting dalam tidur seseorang individu? Mengikut kajian yang dijalankan oleh Jacobson, Boolani dan Smith [Tajuk: Changes in back pain, sleep quality, and perceived stress after introduction of new bedding systems] di Amerika Syarikat, tilam berteknologi baru [mempunyai 5 zon pocket spring, getah semula jadi (100%), memory foam] berjaya mengurangkan tekanan, sakit sakit belakang dan meningkatkan kualiti tidur.

Melalui kertas kajian di atas, mengukuhkan lagi bahawa tilam coway sememangnya mempunyai kelebihan dalam perkara ini.

Tempat tidur yang baik bukanlah satu kemewahan, tapi ia merupakan satu keperluan. Kita semua berhak merasai nikmat tilam yang selesa untuk kita bekerja lebih keras pada esok hari nya dan untuk menuai hasil pendapatan yang lebih lumayan, bukan?

Jadi coway memperkenalkan sistem bayaran ansuran mudah untuk anda supaya anda dapat menikmati tidur yang lebih baik. Apa yang penting, tidak mengira anda siapa dan status pekerjaan anda, anda layak untuk membeli tilam 5 bintang ini!

pakej belian tilam coway

Coway adalah yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan sistem bayaran ansuran muda sewa beli ini dengan serendah RM129 sahaja sebulan, tak sampai RM5 pun sehari untuk nikmat tidur yang nyenyak dan selesa!

Inilah Keistimewaan Tilam Coway

Ada Firm dan Ada Soft

tilam coway mempunyai dua jenis iaitu firm, dan soft. firm untuk yang back sleeper, soft untuk side sleeper

Tilam coway didatangkan dengan dua jenis untuk pilihan anda. Seperti yang telah disuggest oleh pakar tilam sedunia, tilam ini dibahagi kepada dua iaitu: Firm dan Soft.

Firm ini sangat di cadangkan untuk mereka yang tidur terlentang (boleh rujuk gambar). Mengikut pengalaman CR juga, untuk mereka yang berat lebih 80 kg, maka firm sangat sesuai.

Soft pula di cadangkan untuk mereka yang suka tidur mengiring. Bagi mereka yang 80 kg dan kebawah, boleh pilih soft sebagai tilam pilihan.

Material Yang Digunakan

inilah antara kelebihan tilam coway. Ia diperbuat dari bahan bermutu dan berkualiti tinggi.

Ini lah juga salah satu kelebihan tilam coway; material yang di gunakan sangat bermutu tinggi.

Material tilam coway yang digunakan ialah pocket spring, natural latex, coconut fibre, dan memory foam.

Pocket Spring: Digunakan untuk support tulang belakang anda sewaktu anda tidur. Ini dapat mengurangkan sakit belakang anda sewaktu anda beralih ketika sedang tidur.

Natural Latex: Ia merupakan medium bebas allergen secara semula jadi. Maka ia dapat membendung dari hama terus membiak atas tilam anda.

Coconut fibre: Menyerap kelembapan di atas tilam

Memory foam: Extra support ketika anda tidur, untuk memberi 200% keselesaan pada anda selepas bangun pagi

Dilengkapi Cucian Tilam Untuk Menjamin Kebersihan Tilam

Tilam coway dilengkapi dengan servis cucian tilam untuk memastikan tilam anda sentiasa bersih dan bebas dari allergen merbahaya.

Servis cucian tilam turut di sertakan dengan pancaran sinaran UV untuk memastikan kuman dan virus dapat dihindarkan dari tilam anda. Hebat kan?

Kesimpulan

Inilah antara kelebihan tilam coway yang ramai lagi rakyat malaysia tidak tahu.

Percayalah, tilam yang mewah bukan satu kehendak, bukan untuk menunjuk, jauh sekali untuk bermegah. Tilam mewah yang empuk ini adalah keperluan anda.

Anda penat penat bekerja mencari rezki untuk keluarga, rewardlah diri anda dengan tilam yang baik agak kualiti tidur anda improve.

Ejen Coway Di Kuala Kubu Bharu

Ejen Coway Di Kuala Kubu Bharu

Mencari Ejen Coway Yang Trusted Di Kuala Kubu Bharu?

Hai assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Ejen coway di seluruh malaysia mempunyai lebih dari 10,000 orang.

Anda semestinya mencari ejen coway yang trusted, terdekat dan paling mudah dihubungi betul kan?

CR menguruskan tempahan penapis coway di seluruh kawasan kuala kubu bharu. Permintaan produk coway samada tilam, penapis air, udara mahupun tapisan mandian, amat menggalakkan.

Jadi CR sudah siap sedia untuk membantu anda mendapatkan produk coway ini.

Siapa cowayregiment.com Ini

CR sudah berkecimpung dalam jualan coway sejak dari tahun 2015 lagi. Sebenarnya, CR tinggal di Rawang, dan setakat ke KKB, ia nya hanyalah 15 minit sahaja perjalanan dari sini.

Di bawah ialah antara pelanggan yang sudah berurusan dengan kami:

inilah pelanggan pelanggan yang dah berurusan dengan cowayregiment.com

Kesimpulan

CR dah menguruskan lebih dari 700 unit produk coway semalaysia, setakat nak ke KKB, 15 minit perjalanan je CR dah sampai.

trusted coway agent

Tuan puan stay dalam rumah, biar CR datang dan serve tuan puan terus sampai depan pintu. Inilah extra layanan yang CR berikan pada SEMUA klien CR.

Dapatkan promosi menarik hari ini kerana hanya 20 terawal yang menempah hari ini sahaja akan mendapat freemium gift dari CR.

Apa apa pertanyaan, klik whatsapp di bawah sekarang, dan bertindak sekarang!

booking now

Kelebihan Ejen Coway

Kelebihan Ejen Coway

5 Perkara Orang Selalu Tanya Bila Nak Mula Menjual Coway

kelebihan ejen coway

Coway sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 2006 lagi, dan tahun ini (2020), genaplah perjuangan kami selama 14 tahun.

Alhamdulillah, pada 2018 kami juga sudah mula expand ke Indonesia, Singapura dan Brunei. InsyaAllah sedikit masa lagi, Coway akan terus kukuh di pasaran Nusantara.

managing director coway malaysia
Managing Director Coway Malaysia – Kyle Choi

Mengikut keluaran Business Today bertarikh 19 November 2020, Coway Malaysia sudah pun menjana pendapatan RM1.5 Billion pada tahun 2019 dan akan hit lebih tinggi lagi pada tahun 2020 walaupun Malaysia dilanda wabak covid 19.

Cuba anda semak, berapa banyak syarikat gergasi yang dapat menjana pendapatan sebanyak ini?

Kami di coway malaysia, mempunyai visi, iaitu untuk menjadikan ia sebagai sebuah syarikat legasi yang bertahan sehingga lebih 100 tahun!

Adakah anda akan menjadi salah seorang peneraju bersama sama CR?

general manager dan sales manager coway malaysia
Para general manager dan sales manager di coway malaysia

5 Kelebihan Ejen Coway Yang Ramai Orang Tak Tahu

Jadi CR bantu anda listkan 5 perkara yang anda sebenarnya tak tahu tentang kelebihan seorang ejen coway.

Berapa Komisyen Produk Coway? Dan Berapakah Potensi Income Untuk Seorang Ejen Coway?

Seorang ejen coway yang berjaya menjual satu unit penapis air coway villaem 2 (chp18ar), dia akan mendapat komisyen jualan lebih kurang RM300 satu produk.

Namun, kiraan komisyen produk adalah berbeza bagi mereka yang membeli secara tunai atau ansuran bulanan sewa beli.

Purata komisyen seorang ejen coway full time yang komited dengan kerjaya ini ialah lebih kurang RM10,000 – RM20,000 sebulan. Banyakkan?

komisyen ejen coway dalam sebulan

Apakah Beza Part Time dan Full Time?

Beza antara part time dan full time ialah sebagai seorang full timer, anda hanya perlu join sesi Pembelajaran Pagi [Morning Learning] setiap Isnin, Rabu dan Jumaat secara virtual sahaja sama ada melalui FB Live ataupun Zoom.

Sesi Morning Learning ini hanya berlangsung 1 jam sahaja, dan anda tidak perlu ke ofis pun untuk hadir kan diri.

Kemudian, atas dasar komitmen anda sebagai seorang Full Time ejen coway, anda dibayar lagi insentif dan elaun prestasi oleh coway bermula dari RM800-RM2500.

Untuk ejen part time pula, komisyen produk masih sama. Cuma anda tidak akan dapat insentif dan elaun prestasi oleh coway.

Jadual di bawah ialah perbezaan antara part time dan full time;

komisyen ejen part time
komisyen ejen full time

Berapakah Modal Startup Bisnes Ejen Coway?

capital bisnes ejen coway

Ini ialah soalan paling common CR dapat. Sebenarnya, untuk jadi ejen coway ini, sangat mudah.

Anda hanya mendaftar RM120 sahaja, sekali seumur hidup. Kemudian, anda akan dapat startup sales kit dari coway, serta ID rasmi selaku ejen coway.

Dan apabila anda sudah dapat ID coway, anda boleh akses ke web sistem coway untuk monitor semua order order pelanggan anda nanti.

web sistem coway untuk monitor sales

Ejen Coway Ada Basic Tak?

ejen coway tidak mempunyai basic, tetapi dibayar komisyen yang sangat lumayan

Sebagai seorang ejen coway, anda tidak mempunyai basic [gaji tetap]. Tetapi, coway malaysia telah membayar komisyen yang sangat lumayan pada seorang ejen coway.

Potensi komisyen seorang ejen coway memang mampu mencecah hingga RM20,000 setiap bulan, cuma persoalannya, mampukah anda menghadapi cabaran dan dugaan untuk mendapat bayaran lumayan sebegitu?

Namun, apabila anda sudah berjaya di promote ke peringkat manager, anda akan mempunyai basic sehingga RM8,000 sebulan serta mempunyai EPF / SOCSO.

Menarik bukan?

Untuk Dapatkan Komisyen RM10,000 Sebulan, Berapa Kena Jual?

coway boleh jana lebih dari rm10000 sebulan untuk ejen coway

Secara kasar, untuk jana komisyen RM10,000 sebulan, anda hanya perlu menjual 20 unit sahaja dalam sebulan. Anda boleh sewakan atau jual secara tunai pada rakan rakan anda, ahli keluarga, saudara mara anda dan rakan sekerja anda. Mudah kan?

Semua training, SOP dan modul jualan ada disediakan dalam tim CR.

Tiada Had, Tiada Limit

di coway, tiada had dan limit pendapatan untuk komisyen ejen

Di coway, kami tidak ada CAP amount untuk bayaran komisyen produk anda. Lebih banyak anda jual, lebih banyak anda dapat.

Tiada limit, tiada had. The only limit, is YOU.

Jom sertai tim CR untuk jana pendapatan lumayan di coway, kita ubah hidup kita, ubah ekonomi keluarga kita. CR akan guide anda sampai jadi!

book appointment now

Kesimpulan

CR dah menguruskan lebih 700 produk coway semalaysia, dan CR mempunyai ejen lebih 50 orang yang menghasilkan pendapatan tambahan RM800-RM3000 sebulan.

Jika anda juga ingin menjana pendapatan lumayan di platform coway ini, jangan teragak agak untuk terus hubungi kami. Bimbingan dan latihan akan diberikan.

trusted coway agent