cari kunci kereta jap

Alhamdulillah, pencapaian untuk suku kedua 2019 berjaya mengatasi pencapaian aku pada suku pertama yang lalu.

1. 3WS Consecutive for 3 months

3w10s consecutive achievers

2. Top 3 Super HP (under General Manager Ahmad Lotfi)

top 3 super HP

3. Achiever untuk Trip 5 ⭐ Coway ke Taiwan (bertolak pada awal september nanti).

taiwan achivers

Pada Siti Nuur Hidayu, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, dari kita zero, sedikit demi sedikit kita bangkit semula, bertahan dan terus memacu kedepan. Terima kasih kerana yakin dan sentiasa support pada perancangan aku dalam menaikkan ekonomi keluarga dan performance diri.

Pada super Managers aku, Yusniza Raja Yusop dan Hezree Azizi, u guys adalah yang terbaik. Dari dulu hingga sekarang, tak pernah menyerah kalah pada aku. Sentiasa memperkemaskan gerak kerja aku, dan selalu ada pada bila bila masa aku perlukan. Allahu. Semoga tuhan ja balas jasa baik kalian.

bersama sales managers dan rakan seperjuangan

Pada abah yang di kejauhan, terima kasih atas doa yang tak henti henti pada anakmu ini. InsyaAllah, anak mu ini akan berikan yang lagi baik dari masa ke masa 🥰.

Pada teman seperjuangan, kamulah yang sebenarnya banyak membantu aku untuk lebih cekal dalam bidang ini. Kamulah yang banyak memberikan aku inspirasi, dan kamu semua jugak yang selalu mengingatkan aku, yang menyerah kalah itu bukan pilihan dalam hidup. Allah, banyak sangat yang kamu semua dah lakukan untuk aku, semoga Dia memberikan yang terbaikk untuk kamu semua 💞

Pada semua pelanggan Coway aku, terima kasih kerana mempercayai diri ini. Walhal aku bukan siapa siapa pun untuk kamu semua percaya. Hanya orang asing, yang tiba tiba diberikan amanah untuk menguruskan jualan yang purata harga satu unit produk, RM3400.

Dan kali ini, aku sudah bersedia untuk berkongsikan pada SEMUA orang, tentang apa yang telah aku capai sepanjang aku bekerja dengan Coway dari 2015 sampai sekarang.

Dan it is time for me to give back to the community, aku sudah bersedia untuk melatih mereka yang rela dipukul dan dipalu sehari hari semata mata untuk mereka mengecapi peluang yang lebih besar yang tak tercapai dek akal kita selama ini. InsyaAllah.

Tolong doakan aku ya

Raja Yusaini
Insan Yang Lemah, Tetapi Mengalah itu Bukan Aku