Laman ini diuruskan oleh Raja Yusaini dan Siti Nuur Hidayu, pengedar Yang sah dan berdaftar dengan Coway (M) Sdn Bhd dengan Kod 525624 dan 524793. Syarikat Coway (M) Sdn Bhd (735420-H) berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung (AJL 931694) dan GST No. 000872153088.
Siapa dalang disebalik Coway Regiment ni? Assalamualaikum wbt. Coway Regiment di asaskan oleh dua pasangan muda iaitu Raja Yusaini bin Raja Mohamed Yusop (id Coway: 525624) dan Siti Nuur Hidayu bt Muhammad (id Coway:524673). Kami berdua mula serius di Coway dalam 2 tahun lepas selepas kami berdua berhenti dari pekerjaan sebenar kami. Cerita detail tentang latar belakang individu, kami sediakan di tab berikutnya. Mengapa Berhenti? Kerana kami berdua telah menggunakan Coway lebih dua tahun dan kami sendiri menikmati kemudahan dan manfaat produk ini. Oleh itu, kami bernekad, SEMUA rakyat Malaysia mesti memiliki SETIAP produk Coway. InsyaAllah, ia dapat memberi manfaat pada ANDA sekeluarga.
Mengapa COWAY REGIMENT? Dah Macam Solja Pulak Untuk pengetahuan tuan puan semua, kami berdua merupakan bekas Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UPM, Serdang Selangor. Selama lebih 4 tahun dalam Wataniah, jiwa ketenteraan dan semangat kental memang dah lama bersemadi dalam diri kami. Memandangkan kami semakin sibuk menguruskan TEMPAHAN produk Coway dari segenap Malaysia, maka kami tak berkesempatan untuk sambung lapor di Unit Wataniah yang berdekatan. Jadi, bagi meneruskan legasi dan semangat askar perang itu, kami sebulat suara menyemadikan ia dalam kedai Coway online kami, COWAY REGIMENT.
BIODATA Seperti yang tertera di IC, sayalah Raja Yusaini bin Raja Mohamed Yusop dilahirkan pada 29 Mac 1990 (sila ingat birthday saya ya, hehe). Merupakan graduan dari Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar. Saya bergraduat pada Julai 2013, NAMUN saya telah mula bekerja pada awal tahun 2013 dengan satu kompeni konsultan untuk RAWATAN AIR. BAGAIMANA BOLEH TERPILIH UNTUK BEKERJA SEBELUM GRADUASI? Kompeni tersebut merupakan tempat saya melakukan latihan industri pada tahun 2012 dahulu, oleh kerana potensi dan sikap berdisipilin yang mereka nampak dalam diri saya, mereka terus menawarkan saya jawatan sebagai ‘engineer’ di syarikat mereka. Ia sememangnya salah satu impian ARWAH ibu saya dan saya sendiri untuk menjadi JURUTERA, alhamdulillah berkat doa ibu bapa, redha Allah dan usaha yang gigih, saya berjaya mencapai impian menjadi seorang JURUTERA. KONGSIKAN SEDIKIT KARIER SEBAGAI JURUTERA Dipendekkan cerita, saya bekerja genap TIGA tahun dengan kompeni tersebut. Sepanjang perjalanan saya sebagai JURUTERA, saya telah diberi KEPERCAYAAN untuk menjaga ‘site’ klien kami di Perodua Manufacturing Sungai Choh, Rawang dan Perodua Global di Bukit Beruntung. Banyak teknikal skill dan elmu saya pelajari berkenaan rawatan air, bermula dari sisa buangan air sehingga air minuman. BAGAIMANA ANDA TERJEBAK DALAM COWAY Seperti yang diberitahu di Tab “Coway Regiment”, saya terjebak dalam Coway setelah menggunakan produk nya. Saya amat terpesona dengan manfaat dan sistem PAKEJ sewa beli Coway yang unik dan amat memudahkan pelanggan. Dengan servis berkala yang di berikan, sebagai pelanggan kita akan rasa amat dihargai dan keadaan mesin akan sentiasa berada pada tahap optimum. Jadi saya mula menjual Coway secara part time, dan apabila setelah stabil, saya mula kan karier saya dari JURUTERA kepada JURUJUAL