Penduduk Flat Sri Wangi Beli Air Dari Mesin Air Tercemar


Assalamualaikum wbt. Harini kita digemparkan dengan berita mesin air tercemar yang telah terjadi di flat sri wangi KL. Mesin air RO yang selalu dibeli oleh penduduk tempatan itu menjadi tumpuan utama sumber ‘air bersih’

Namun apakan daya, hampir 100% penduduk di flat itu tertipu dek mesin air RO tersebut kerana apabila pegawai kesihatan datang melakukan serbuan, keadaan mesin tersebut amat mendukacita kan. Senang kata gelilah!

Mesin Air Tercemar

Sewaktu serbuan dilakukan, dan pihak berkuasa bedah siasat keadaan mesin air tersebut, sangat mengerikan! Penduduk tempatan yang berada di situ juga turut kesal dan tidak lagi membeli di mana mana mesin air sepertinya lagi.

Mesin Air Tercemar

Dan lebih mensadiskan ialah mesin tersebut tidak mempunyai logo halal pada sebarang tabung filternya, yang menambahkan lagi keraguan penduduk untuk mengambil air di mesin terbabit.

karat dari mesin air tercemar
piawww punya karat

“Kak Nah sebelum ni mesti kena topup air seminggu 5 botol 5 Liter, yelah, anak ramai, mana cukup kalau sebotol. Lepas ni memang kak Nah kena pasang satu la penapis air dekat rumah.” – Kak Rosnah.

Sehubungan itu, pihak berkuasa telah menyita 4 mesin air di flat tersebut dan menyarankan penduduk untuk beli air mineral di mall ataupun pasang penapis air sendiri di rumah, lebih terjamin selamat.