Penapis Air Coway – Cash Atau Sewa Beli?

Soalan lazim yang kami sentiasa terima daripada setiap bakal pelanggan. Apakah perbezaan pembelian penapis air Coway belian secara tunai/’cash’ dengan pakej sewa beli?
Kami akan huraikan disini.

pakej belian produk coway

Pakej Lengkap Belian Tunai

Melalui pakej lengkap belian secara tunai, pelanggan akan menikmati perkara berikut:

  • Servis dua bulan sekali selama 1 tahun
  • Penukaran filter setiap 4 bulan selama 1 tahun
  • Waranti penuh produk untuk 1 tahun
  • Pemasangan dan penghantaran percuma
  • Pemasangan semula apabila pindah ke alamat lain percuma setahun sekali

Pakej Lengkap Sewa Beli

Melalui pakej lengkap sewa beli coway, customer akan dapat perkara berikut:

  • Servis dua bulan sekali selama 5 tahun
  • Penukaran filter setiap 4 bulan selama 5 tahun
  • Waranti penuh produk untuk 5 tahun
  • Pemasangan dan penghantaran percuma
  • Pemasangan semula apabila pindah ke alamat lain percuma setahun sekali untuk 5 tahun

Kiraan Perbezaan Antara Pakej Tunai Dan Sewa Beli Untuk Tempoh Lima Tahun

Contoh Perkiraan: Penapis Coway Model Villaem 2

Belian Tunai

Harga Produk: RM3,900.00

Harga Servis Pakej / tahun : RM650.00

Total Penggunaan Untuk 5 Tahun: RM3,900.00 + (RM650.00 x 4) = RM6500.00

Sewa Beli

Harga Rental: RM120.00/ sebulan

Harga Total Untuk 5 Tahun: RM7,200.00

Jadi perbezaan harga antara belian tunai/’cash’ dan pakej sewa beli ialah:
RM 7,200 – RM6,500
= RM 700

CR harap dengan info ini, jelas dapat memberi maklumat pada anda semua perbezaan harga sewa beli dan tunai. Semoga bermanfaat.