Penapis Air Coway Tak Keluar Air

Assalamualaikum wbt. Anda mengalami masalah penapis air coway tak keluar air ya? Jangan bimbang. Di entry ini kami akan highlight pada anda model penapis air yang boleh kita troubleshoot sendiri mana tahu ada error kecil yang boleh anda baiki sendiri.

Atau tekan je link dekat bawah untuk kami bantu anda terus:

tanya kami

Baik, folow langkah dibawah untuk cek kenapa air tidak masuk ke mesin coway anda ya;

Cek kebukaan butterfly valve produk anda

Penapis Air Coway Tak Keluar Air

Ini ialah butterfly valve yang ada pada SEMUA produk coway. Kebukaan nya mestilah seperti didalam gambar, iaitu kepala valve itu mesti selari dengan tubing berwarna jingga.

Jika dia berada di posisi selain dari itu, bermakna butterfly valve itu ditutup, menjadikan tiada air yang masuk kedalam mesin.

Tekanan air yang rendah

Kes kedua boleh disebabkan tekanan air yang rendah di kawasan rumah anda. Apabila terjadinya perkara ini, air akan masuk perlahan kedalam mesin atau tak masuk langsung.

Penapis Air Coway Tak Keluar Air

Bagaimana untuk mengatasinya? Tunggu sehingga tekanan air stabil kembali atau pun pasang external booster pam. Ya kami boleh tolong tempahkan untuk anda, dan pemasangannya mudah sahaja.

tanya kami

Internal suction pump penapis coway yang rosak

Pernah tak terjadi di rumah anda, mesin penapis air coway tak keluar air, dan ada bunyi macam machine gun keluar dari mesin? Haha, bertenang, itu tanda suction pump coway dah rosak.

Ada beberapa sebab boleh terjadi;

  1. Tekanan air memang terlalu rendah menyebabkan suction pump coway terpaksa bekerja 300% untuk masukkan air kedalam mesin.
  2. Jangka hayat pam sudah tiba

Contoh jika pam rosak,

Tapi jangan bimbang, kalau produk anda masih didalam waranti coway, coway akan ganti suction pam yang berharga RM350 ini free of charge sahaja.

Tak tahu samada masih dalam waranti atau tidak? tekan je link di bawah:

Penapis Air Coway Tak Keluar Air