Adakah Benar Penapis Udara Boleh ‘Bunuh’ Virus Covid 19?
Sejak corona virus muncul pada 2019 lalu, banyak isu isu seperti apakah penawar untuk virus ini, dan apakah cara terbaik untuk mencegah nya.
Dan apa yang paling membimbangkan, ada pihak (baca: ejen jualan penapis udara) yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk mereka dengan klaim produk mereka itu mampu menapis virus corona ini.
Persoalan nya, sejauh manakah kebenaran perkara ini?
Jadi di entry ini, CR akan kongsikan semua maklumat yang CR tahu, sumber yang sahih, tiada penyelewangan. Ini kerana CR hanya berkongsi pada perkara yang fakta dan benar sahaja.
Setiap Ciptaan Manusia Punya Kelemahan
Penapis air, penapis udara, dan macam macam lagi kemudahan ini dicipta oleh manusia.
Setiap satunya pasti mempunyai limitasi dan kelemahan masing masing. Tapi memang tak dapat dinafikan dengan adanya penapis udara, ia sangat membantu dalam menghalang virus dan bakteria dari terus merebak dalam udara indoor.
Kalau tidak, masakan hospital, pusat pakar mata dan sebagainya turut menggunakan penapis udara ini.
Namun, haruslah kita ketahui bahawa ia sama sekali dilarang untuk di overclaim sesuatu produk ini.
Justeru, kita sebagai pengguna penapis udara harus tahu satu garisan had iaitu: mengurangkan risiko terkena jangkitan virus covid 19 ialah tidak sama dengan menghapuskan virus itu sendiri. Kita kena terang dan jelas tentang perbezaan mengurangkan dan menghapuskan disini.
Kebaikan Apabila Menggunakan Penapis Udara
Penapis udara ini bagaimanapun memberikan banyak manfaat pada manusia. Terutama musim pandemik influenza seperti zaman sekarang.
Tahukah anda penapis udara coway semuanya dilengkapi dengan anti bacterial dan influenza filter khas untuk mencegah bakteria bakteria dan virus untuk memberi infeksi pada kita.
Selain itu, lapisan filter lain yang terdapat dalam penapis udara coway ini memang di bina spesifik untuk menapis alergen, habuk dan asap dalam rumah. Terutama anda yang mempunyai pasangan kuat merokok mahupun vape, ini sangat sesuai.
HEPA Filter Menapis Sehingga 99.97% Microbes
Mengikut sumber dari WHO dan Consumer Reports, Toronto, HEPA filter mampu menapis 99.97% zarah yang bersaiz 0.3 micron.
Dan dengan adanya multi saiz filter didalam penapis udara coway, membuatkan ia sangat efisien untuk menapis zarah bersaiz lebih kecil dari 0.3 micron termasuk covid 19.
Sejauh Mana Keberkesanan Penapis Udara Coway?
Setiap penapis udara mempunyai tahap keberkesanannya tersendiri.
Ia tidak semata mata bergantung kepada harga penapis udara tersebut. Boleh jadi penapis udara itu mahal tetapi ia kurang efektif untuk anda.
Jadi bagaimana untuk mengukur keberkesanan nya?
Baik, mudah sahaja. Garis panduan mengukur keberkesanan penapis udara ini ada pada CADR sesuatu model penapis udara itu.
CADR (clean air delivery rate) ialah bermaksud kadar kecepatan penapis udara itu meneutral dan membersih kan udara di dalam rumah kita.
CADR untuk penapis udara lombok 3 ialah seperti berikut;
Pollen = 260 ft2
Dust = 241 ft2
Smoke = 250 ft2
Menurut laporan dari James Dickerson, Consumer Reports Chief Science Officer; satu penapis udara yang bagus ialah ia mempunyai CADR pada 240 ft2.
Berdasarkan pada laporan beliau, maka sudah jelas, penapis udara lombok 3 sangat sesuai dan paling praktikal untuk digunakan sepanjang masa.
Kesimpulan
Penapis udara coway ini amat efektif untuk membendung penyebaran virus dan bakteria, namun jika disalah letak ia akan kurang efektif.
Ini ialah saranan dari pakar dan keratan dari buletin utama TV3. Penapis udara memang sesuatu yang praktikal di kala waktu pandemik seperti ini.
Walaubagaimanapun, kita selaku manusia, jangan sekali kali memandang mudah isu covid 19 ini. Teruskan mengamalkan SOP yang telah di tetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Penapis udara ini hanyalah satu dari berbagai bagai langkah pencegahan yang perlu kita lakukan hari ni bagi mencegah diri kita dan orang sekeliling di jangkiti covid 19.
Sentiasa memakai mask, gunakan hand sanitizer, jaga penjarakan sosial, kurangkan berada di tempat sesak dan sentiasa basuh tangan sebelum makan. InsyaAllah wabak covid ini akan berlalu pergi.
Wallahualam.