Salahkan Ais Atau Gula?

salahkan ais atau salahkan gulaSALAHKAN AIS ATAU SALAHKAN GULA?

Di mana bahayanya gula putih?

Gula putih ini berbahaya salah satunya adalah kerana kandungan bahan peluntur (bleach), yang digunakan untuk memutihkan gula tersebut, pada asalnya gula itu berwarna perang. Ada mak mak yang tak tahu lagi dan menyalahkan ais jika anak mereka batuk berkahak.

Sebenarnya bukan masalah pada kandungan ais. Tetapi bahan peluntur tersebut. Didalam air ada sejenis bahan kimia yang digunakan untuk membunuh bakteria dan kuman di dalam air, atau lebih dikenali dengan nama klorin (Cl).

Bila kita buat ais batu di rumah, kami sarankan JANGAN gunakan air paip. Kerana dalam air paip ada kandungan klorin tadi. Gunakan air yang ditapis rapi (selalunya penapis yang menggunakan arang teraktif ataupun menggunakan sistem RO).

Inilah punca bila tuan tuan minum di kedai makan, anak minum air manis menggunakan gula putih, ditambah ais batu dengan kandungan bahan peluntur didalamnya, maka lengkaplah ‘ racun ‘ berbisa dalam diet anak.

Jadi bila anak batuk, minum air masak sejuk tanpa gula, puncanya pada ais batu yg ada kandungan bahan peluntur berbahaya.

Kesimpulannya, ais batu tidak berbahaya sekiranya elemen air itu tiada bahan kimia peluntur atau dari air yg ditapis.

Jelas?

Balik rumah, tukar gula dirumah. Beli gula perang atau kalau boleh kurangkan penggunaan gula dalam minuman seharian.

ATAU

Yang terbaik, balik rumah, servis dulu filter penapis air tuan tuan di rumah.

Takde lagi penapis air dekat rumah? Hubungi kami untuk tindakan pantas!

salahkan ais atau salahkan gula