Scammer Menyamar Jadi Ejen Coway
Assalamualaikum wbt. Kali ni kami nak togelkan lagi satu kisah scammer menyamar jadi ejen coway. Kisah hitam ini sebenarnya sudah banyak berlaku, malah ramai je ejen coway yang menipu telah berjaya diberkas oleh unit khas coway dan telah pon ditamatkan perkhidmatan.
Dijanjikan Tak Perlu Bayar Selama 3 Tahun
Di atas ialah conversation asal di antara pelanggan tersebut dengan scammer terbabit. Perhatikan gaya dan lenggok bahasa nya.
Kalau kita fikir dengan akal yang waras, tidak mungkin coway akan bagi sesuatu offer tak masuk akal seperti ini. Pernahkah kita terima offer dari salesman BMW untuk tidak perlu membayar installment kereta pelanggannya selama tiga tahun? Memang bungkus terus BMW tu bang.
Baru Tersedar Diri Tersontot
Amat mendukacitakan: pelanggan itu ialah kawan kami sendiri. Kami juga pernah memberi amaran kepadanya agar jangan berurusan dengan ejen yang menjanjikan bulan dan bintang.
Barang Coway ni kami pasang dekat kedah. Ada kak ni yang dok wasap suruh bayar. Tapi kami tak bayar sebab aisy janji macam lain haritu. Katanya tak payah bayar sampai 3 tahun, ni tak sat kak tu call ada outstanding dekat 1k dah.
Sudah terhantuk baru terngadah. Bila ejen beretika seperti kami mencadangkan solusi yang terbaik sebelum perjanjian termetrai, semua menolak dan mengatakan kami kaut untung.
Tidak tuan puan, kami bekerja lillahitaala. Ikhlas. Kami benar benar nak membantu tuan puan dapatkan produk premium ini dengan servis 5 bintang! Tolong lah izinkan kami bantu tuan puan. Dah beratus kes aduan kami terima. Semua dek kerana scammer yang tidak bertanggung jawab.
Jika tuan puan pon mengalami masalah ditipu ejen coway, boleh tekan link di bawah, untuk kami bantu: