Cara Cara Tukar Filter Penapis Air Coway (Model Neo)
Cara Cara Tukar Filter Penapis Air Coway Dengan Betul dan Tertib
Ramai yang berhubung dengan kami dan bertanyakan apakah cara cara tukar filter penapis air coway dengan betul. Jadi kali ni kami nak berkongsikan dengan semua, cara yang betul dan tepat.
DISCLAIMER: Cara ini hanya boleh dilakukan oleh servis technician coway dan coway lady sahaja. Kerana untuk membuka filter coway ini, memerlukan kelengkapan yang betul. Jika pelanggan cuba untuk membuka sendiri filter coway dan berlaku kerosakan, segala kerosakan itu akan ditanggung oleh pelanggan sendiri.
Tutup butterfly valve yang berhubung dengan paip
Pastikan butterfly valve coway di posisi seperti dalam gambar. Jika ia berada di posisi selari dengan tubing oren, maka air masih mengalir ke mesin coway.
Tutup suis dan Cabut power plug
Tutup suis dan cabut kepala plug selepas tutup butterfly valve tadi.
Buka skru pada penutup tepi mesin coway
Buka dua skru yang mengikat penutup tepi mesin coway
Buka penutup tersebut perlahan dan tertib
Pastikan apabila membuka penutup itu berhati hati dan ia agak ketat sedikit jika baru pertama kali nak membukanya.
Cabut fittings pada tabung filter coway
Cabut tabung filter yang kita nak tukar menggunakan alat khas dari coway
Pasang fitting semula pada tabung filter baru
Untuk membuka dan memasang tabung filter tu, mestilah menggunakan alat khas yang hanya ada pada coway lady atau servis technician coway.
Letakkan semula di tempat asal tabung filter itu
Pastikan tempat tabung filter yang baru ditukar itu diletakkan pada tempat yang betul.
Kunci semula skru penutup tepi itu tadi
Tutup dan kunci semula dengan mengikat skru tadi kepada tempat asalnya.
Rumusan
Untuk membuka filter dalam penapis coway, memerlukan alat alat tertentu. Anda sama sekali dilarang untuk membukanya sendiri selagi produk masih didalam waranti.
Jika anda cuba menukar sendiri filter dan berlaku kerosakan pada produk, dan masih dalam waranti, waranti tersebut automatik akan void dan tidak boleh claim kerosakannya.