Tips Memilih Penapis Udara

Tips Memilih Penapis Udara

Tips Memilih Penapis Udara Di Rumah

Assalamualaikum wbt. Ramai klien kami bertanyakan apakah faktor penting dalam membeli penapis udara paling sesuai untuk mereka.

Kegunaan penapis udara adalah berbeza beza; samada untuk kegunaan di rumah, pejabat, pesakit asthma, pembela haiwan peliharaan, mahupun untuk perokok tegar.

Namun begitu, jangan khuatir, CR akan ringkaskan 5 poin penting untuk anda nilai dan buat pilihan membeli penapis udara.

Jadi dengan pengalaman lebih 5 tahun menguruskan pembelian penapis air dan udara coway, CR akan kongsikan 5 tips penting ini untuk anda dalam memilih penapis udara untuk rumah anda.

Tips Tips Memilih Penapis Udara

1- Budget Anda

Dalam memilih sesuatu produk yang akan kita guna untuk satu tempoh masa yang sangat lama, belanjawan merupakan faktor utama.

Jadi disebabkan itulah coway telah mengeluarkan variasi penapis udara mengikut bajet anda, dari serendah hanya RM70 bulanan.

Di atas CR lampirkan senarai harga penapis udara coway melalui belian pakej tunai untuk rujukan anda.

Dengan RM2.33 sahaja sehari, anda sudah boleh memiliki produk penapis udara premium dari coway. Menarik bukan?

Kini hanya dengan RM70 untuk penapis udara storm, dan RM90 untuk penapis udara lombok 3, anda pastinya mempunyai banyak pilihan.

2- Coverage Area Penapis Udara

Keluasan permukaan berkesan untuk satu satu penapis udara ini sangatlah penting.

Ini kerana, jika penapis udara yang mempunyai coverage area yang kecil (20m2), tetapi diletakkan di ruang tamu bersaiz 50 m2 memang tidak akan berkesan.

lineup penapis udara coway untuk rujukan

Apabila klien tersalah langkah memilih penapis udara dengan coverage area yang sesuai, di pengakhiran nanti, klien juga yang tidak akan berpuas hati.

Dibawah ialah perbandingan coverage area penapis udara coway untuk rujukan anda:

Melalui carta diatas, kesimpulannya mudah, penapis udara model Breeze sangat sesuai untuk bilik tidur, dan model penapis udara lombok 3 sangat sesuai diletakkan di ruang tamu.

Penapis udara tuba pula sangat sesuai digunakan untuk premis premis perniagaan, perpustakaan, gimnasium, dobi dan sebagainya.

3- Mempunyai Silent Mode

Setiap penapis udara coway mempunyai keunikan dan kelebihan ia tersendiri.

Semua penapis udara coway dilengkapi dengan silent mode (mod senyap).

Mod ini sangat penting kerana ia dapat menjimatkan elektrik, selain dari mod eco.

4- Lapisan Filter Yang Terdapat Di Dalam Penapis Udara

Apabila anda hendak memilih penapis udara yang terbaik, kena pastikan penapis udara itu mempunyai sekurang kurangnya filter ini: RBD plasma, HEPA filter, dan fine dust filter.

Apabila satu satu penapis udara itu mempunyai semua filter diatas, ia akan berfungsi dengan baik bagi menapis bakteria dan virus.

Penapis udara lombok 3 mempunyai 6 peringkat penapisan.

Melalui 6 peringkat ini, virus dan bakteria dapat dihalang daripada menembusi ruang litup (coverage area) penapis udara lombok 3.

5- Mempunyai Servis Sanitasi dan Penukaran Filter

Sebagaimana anda sedia tahu, penapis udara coway sememangnya lengkap dengan servis sanitasi dan penukaran filter.

Penapis udara yang sentiasa diservis akan lebih improve lagi kualiti udara bersih yang dihasilkan.

Sebab itu lah dengan pakej lengkap sewa beli ini, anda akan menikmati:

  1. Penukaran filter setiap 4 bulan selama 5 tahun
  2. Servis sanitasi setiap 2 bulan selama 5 tahun
  3. Waranti penuh produk untuk 5 tahun

Kesimpulan

Tuntasnya, penapis udara ini memang satu keperluan pada zaman pandemik seperti covid 19 ini.

Justeru, anda memang perlu bijak dalam memilih penapis udara yang sesuai dengan anda bersandarkan 5 poin penting yang CR kongsikan tadi.

CR sudah menguruskan lebih 700 unit penapis coway di Malaysia sejak 2015. Dan akan terus setia bersama coway untuk membantu anda dapatkan produk yang terbaik pada harga mampu milik.

Dan jika anda masih mengalami kekeliruan, jangan teragak agak untuk hubungi kami.

Terus tekan whatsapp di bawah, dan team CR akan bantu anda sebaik mungkin.