Cara Cara Tamatkan Kontrak Penapis Air Coway
Cara Cara Tamatkan Kontrak Penapis Coway
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni kami nak kongsikan bagaimana cara cara untuk tamatkan kontrak penapis air Coway.
Sebelum kita pergi lebih dalam tentang cara cara tamatkan kontrak penapis air Coway, kami mahu anda tahu sebelum anda boleh menamatkan kontrak penapis air Coway, ia mesti menepati 2 syarat ini;
-
- Pastikan akaun Coway anda cukup 3 tahun.
- Pastikan tiada tunggakan bulanan.
Cara cara Untuk Tamatkan Kontrak Penapis Air Coway
- Call HOTLINE Coway, 1-800-888-111 dan beritahu customer service yang anda nak tamatkan kontrak penapis air coway
- Beritahu mereka yang anda nak stop akaun dan telah bersedia untuk pulangkan unit penapis air coway tu.
- Seterusnya tunggu pihak Coway akan ambil kembali unit mesin penapis air dari tempat anda.
p.s: Tiada sebarang refund atau ganti rugi yang Coway akan bayar bagi pihak anda.
Simple je kan nak tamatkan kontrak penapis air Coway? Yang penting umur akaun mestilah cukup 3 tahun. Kalau tak cukup 3 tahun akan dikenakan bayaran penalti.
UPDATE OKTOBER 2020
Jika produk belum mencukupi minimum kontrak selama 3 tahun, berikut merupakan formula kiraan penalti bagi yang ingin menamatkan kontrak.
( remaining kontrak period x rental product ) x 50% discount
Contoh 1
Produk: Penapis air Villaem
Bulan pemasangan: Jan 2017. Ingin tamatkan kontrak pada Jan 2018
[(36 bulan – 12 bulan) x RM125] x 50% discount]
Jumlah penalti= RM1,500
Contoh 2
Produk: Penapis udara Lombok
Bulan pemasangan: Mei 2017. Ingin tamatkan kontrak pada Jan 2018
[(36 bulan – 8 bulan) x RM110] x 50% discount]
Jumlah penalti= RM1,540