Kontrak Tilam Coway

Kontrak Tilam Coway

Kontrak Tilam Coway | Perjanjian Antara Pembeli Dan Coway

Assalamualaikum wbt. CR dapat banyak inquiry berkenaan set tilam coway yang sedang hangat menjadi tumpuan utama rakyat malaysia.

Maklumlah, macam macam promosi untuk tilam coway kali ni.

Jadi, untuk itu, CR nak bantu anda semua untuk lebih jelas dan faham tentang syarat perjanjian kontrak tilam coway.

Pentingnya penjelasan kontrak ni supaya pelanggan pun akan tahu hak hak serta terma dan syarat official coway.

Detail Kontrak Tilam Coway

Bahagian Data Peribadi Pelanggan

Di klausa Nombor 3 ini, coway dengan jelas menyatakan segala data peribadi pelanggan dilindungi dibawah Privacy Statement. Jadi, jika berlaku penyalah gunaan data anda, sila terus hubungi coway di 1800888111.

Dan di sini juga telah jelas coway nyatakan, maklumat customer akan di semak melalui CTOS untuk tujuan approval pembelian produk coway melalui pakej sewa beli.

Bahagian Penghantaran dan Pemasangan Tilam Coway

Pada klausa Nombor 5 ini menyatakan bahawa pemasangan dan penghantaran tilam ialah percuma. Tiada caj dikenakan.

Coway hanya akan lakukan pemasangan jika:

  1. Semua bayaran yang berkenaan sudah dilakukan oleh pelanggan
  2. Coway sudah pun verify customer punya kredibiliti dan informasi yang berkaitan.
  3. Coway sudah pun verify keadaan rumah customer samada sesuai mahupun tidak untuk pemasangan tilam
  4. Coway sudah pun jelas pada customer tentang availability customer untuk berada di rumah sewaktu pemasangan.

Waranti

Waranti tilam coway untuk pakej sewa beli ialah selama 5 tahun.

Tahukah anda, waranti ini juga turut cover sekali sebarang kecacatan pada produk dan pemasangan yang tak profesional dari technician coway.

Processing Fee Tilam Coway

Pada section B klausa 1 hingga 3 ini menyatakan tentang processing fee, tempoh sewa beli dan service cucian tilam.

Processing fee ini ialah sebanyak RM200 (melainkan coway launch promo zero processing fee) dan ianya tidak boleh dikembalikan semula jika pelanggan cancel.

Processing fee ini jugak akan ditolak melalui kad kredit/ kad debit pelanggan.

Tempoh sewa beli ini ialah selama 5 tahun melain kan pelanggan atau coway sendiri yang akan terminate produk tilam ini atas sebab sebab tertentu.

Servis cucian tilam coway akan di cover sepenuhnya untuk lima tahun.

Jika Pelanggan Tidak Membayar Rental Bulanan

Untuk pelanggan pelanggan yang gagal menjelaskan bayaran mengikut jadual bulanan rental produk coway, diatas ialah tindakan yang akan coway lakukan.

Pada bulan ke enam, jika pelanggan masih gagal membuat sebarang bayaran, coway akan ambil semula produk dan nama pelanggan akan di hantar pada CTOS untuk reporting.

Di bawah CR lampirkan full kontrak coway untuk rujukan tuan dan puan.

Kesimpulan

CR dah menguruskan lebih 700 order pelanggan coway satu malaysia. Apa yang CR boleh rumuskan ialah, tolonglah cari ejen yang di percayai. Yang tulus dan jujur.

Sebab isu kontrak ini sangat penting untuk anda semua.

Jika nak ejen yang berwibawa seperti CR untuk uruskan order tuan puan di luar Selangor, CR pon boleh uruskan. Jangan bimbang. Klik sahaja link di bawah untuk assistance: