Status Halal Penapis Air Coway

Status Halal Penapis Air Coway

Status Halal Penapis Air Coway

Apabila bab makanan, seorang muslim wajib mencari dari sumber yang halal.

Itu juga termasuklah dari segi pakaian, kasut , make up dan sebagainya.

Namun begitu, tahukah anda penapis air juga wajib kita mencari yang disahkan halal?

Kerana filter filter yang diperbuat ada yang digunakan dari material haram seperti tulang babi dan mengandungi unsur syubhah.

Mencari Yang Halal Ialah Kewajiban Keatas Seorang Muslim

“Mencari yang halal adalah suatu kewajiban keatas seorang Muslim.” – Hadis riwayat at-Tabrani

Semenjak Coway bertapak di Malaysia (since 2006), telah banyak pembaharuan dan improvement yang telah mereka lakukan semata mata untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati Premium Produk dan Servis pada harga serendah RM95 sahaja sebulan.

Kesemua filter, bahan bahan material produk coway semuanya sudah mendapat pengesahan dari Jakim. Alhamdulillah

Pegawai Jakim Dibawa Ke Kilang Coway Di Korea 3 Tahun Sekali

Antara impak paling besar yang Coway telah lakukan ialah mendapatkan status HALAL dari JAKIM sekaligus memadamkan keraguan pengguna tentang status halal penapis air coway.

Tahukah anda untuk mendapatkan sijil HALAL dari JAKIM merupakan salah satu proses yang sangat sangat ketat di dunia? Dan tahukah anda juga bahawa untuk mendapatkan sijil HALAL itu, Coway telah sponsor semua perbelanjaan staf JAKIM setiap tiga tahun sekali ke R&D Coway di Seoul University, Korea dan di kilang Coway di Yugu, Korea.

Semua ini semata mata untuk mendapatkan status HALAL dari Jakim. Selepas ni, tiada lagi kegusaran untuk menggunakan produk coway.

Sijil Halal Produk Coway

CR lampirkan sekali sijil halal produk coway untuk rujukan tuan puan.

Semoga dengan input ini, buatkan tuan dan puan lebih mempercayai produk coway. Dan jangan risau CR boleh bantu anda untuk mendapatkan produk coway ini.

Kesimpulan

Sebagai seorang muslim sejati, haruslah kita mencari produk yang disahkan halal oleh JAKIM. Bukan mana mana badan halal luar negara.

Ini kerana bukannya tidak boleh, tetapi kan lebih afdhal jika ia mendapat kelulusan JAKIM sendiri. Melainkan kalau kita duduk di korea, maka perlulah menggunakan sijil halal di sana.

Sejak 2015, CR dah berpengalaman menguruskan lebih 700 unit produk coway satu malaysia. Jika anda memerlukan khidmat nasihat sebelum membeli produk ini boleh terus call CR di 0127819907

trusted coway agent
7 Mitos Mengenai Alkali

7 Mitos Mengenai Alkali

7 Mitos Mengenai Alkali Dalam Makanan Dan Diet Kita

Pada entri ni, kami nak kupas pulak 7 mitos tentang alkali yang selalu di salah faham oleh masyarakat kita. Untuk lebih perinician tentang Busting the Alkaline Diet boleh klik sini —> http://www.jonnybowden.com/alkaline-myths/ .

Mitos #1 : Anda Mahukan Badan Anda Menjadi Alkali
SALAH! Tisu badan kita mempunyai pH level yang berbeza antara satu sama lain based on fungsi nya. Sebagai contoh, tahukah anda, Vagina memang dijadikan pada pH asidik kerana ini untuk mengelakkan dari berlakunya infeksi vaginal. Infeksi di Vagina terutama yis, gemar akan kondisi yang alkali untuk ia bertumbuh. Dan tahukah anda, perut anda teramat asidik di mana pH perut anda berada pada tahap pH 2.0! Percayalah, anda tidak akan hidup jika pH perut anda berada pada takat alkali.

Mitos #2 : Daging Merupakan Penyumbang Makanan Asidik Dalam Diet Seharian Kita
TIDAK BENAR! Mengikut Dr. Jade Teta, 70% makanan yang berasid datang dari produk kekacang dan tenusu. Benar daging ber pH asidik, tapi sebab itulah kita dihidangkan dengan banyak sayur sayuran dalam steak daging kita!
7 mitos mengenai alkali dalam makanan dan diet kita
Mitos 3# : Gula ialah Asidik
SALAH!! Lemak, gula dan kanji mempunyai pH yang neutral iaitu 7.0 kerana meraka tidak mengandungi sebarang minerals, sulfur mahupun protein. Hanya apabila menggabungkan elemen ini didalam bahan masakan yang lain barulah ia akan berganjak ke pH asid atau pun alkali.
7 mitos mengenai alkali dalam makanan dan diet seharian kita
Mitos #4 :Anda Boleh Tahu Tahap Asidik Dalam Badan Melalui Ujian Air Kencing (Urine Test)
PEMBOHONGAN DISINI. Benar makanan boleh mempengaruhi perubahan pH air kencing, tetapi mengukur pH air kencing untuk mengetahui pH badan ialah sia sia. Kerana ianya bukan lah menunjukkan pH darah ataupun yang lain. Monica Reinagel, The Nutrition Diva berkata, “Bimbang akan pH pada air kencing kita ibarat kita bimbang akan sampah yang dah berada di dalam tong sampah.”

Mitos #5 : Makanan Boleh Mengubah pH Dalam Darah Anda
SALAH! pH darah dikawal ketat oleh buah pinggang dan organ penting yang lain iaitu pada takat 7.4 SAHAJA. Sedikit perubahan pH pada darah akan mengakibatkan kesan serius termasuk maut! Bermaksud, tidak kira berapa pH makanan yang masuk kedalam badan, organ didalam badan kita akan regulate semula ke pH asal darah iaitu 7.4

Mitos #6 : Kanser Hanya Berada Pada Keadaan Asidik
SALAH LAGI! Kita kerap terdengar ungkapan ini bukan? Sebenarnya salah, pada pH 7.4, darah kita sudahpun berada pada takat alkali dan tidak kira lah berapa banyak makanan berunsur alkali yang kita consume, badan kita akan tetap regulate kan semula pH ke level 7.4.
7 mitos mengenai alkali dalam makanan dan diet seharian kita
Mitos #7 : Kajian Menunjukkan Makanan Berasidik Menyebabkan Penyakit Osteoporosis, Sengal Otot dan Kerosakan Buah Pinggang.
TIDAK TEPAT. Setakat ini, tiada bukti kukuh mengatakan makanan berasidik menyebabkan kerosakan seperti dinyatakan.