Mandian Untuk Ekzema

Mandian Untuk Ekzema

Mandian Untuk Ekzema – Ini Mungkin Cara Natural Yang Anda Cari

mandian untuk ekzema

Assalamualaikum wbt. Penyakit ekzema dan psoriasis ialah antara penyakit common yang terdapat dalam rakyat malaysia.

Tahukah anda, 1 daripada 20 orang rakyat malaysia menghadapi masalah ekzema dan sehingga kini, punca sebenar ekzema masih belum diketahui.

Namun begitu, menurut pakar, ekzema cenderung berpunca daripada elemen persekitaran yang kurang bersih, alergi kepada haiwan, habuk dan air mandian.

Jenis Jenis Ekzema

Terdapat lebih kurang 7 jenis ekzema dan semuanya mempunyai berlainan karakter.

Atopic eczema, Sebirrheic eczema, Allergic contact dermatitis, Dyhidrotic eczema, Discoid eczema, Jvenille Plantar Dermatoses dan Statis Eczema.

Kebanyakan jenis jenis ekzema ini berpunca daripada air mandian, persekitaran yang kurang bersih dan habuk.

Atopic eczema

Bahagian lipatan badan seperti pada lipatan lengan, belakang lutut dan tengkuk.

Sebirrheic eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah atau berair pada muka terutama dalam kalangan bayi.

Allergic Contact Dermatitis

Terjadi pada bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan. Contohnya, pada pergelangan tangan sekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam serbuk pencuci) dan sebagainya.

Dihydrotic Eczema

Bercirikan gelembung gatal berisi cecair di bawah permukaan kulit yang timbul di tangan dan kaki pesakit.

Discoid Eczema

Bahagian lengan dan kaki, bercirikan plak berbentuk bulat yang gatal, tebal, merah, berair dan bersisik.

Statis Eczema

Pada bahagian kaki individu yang mengalami varicose veins, iaitu mempunyai salur darah vena yang timbul di kaki.

Jvenille Plantar Dermatoses

Pesakit mengalami kulit kering, bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak-kanak atau remaja dan ia boleh berterusan hingga ke peringkat dewasa.

Mandian Untuk Ekzema

Sejak coway malaysia memperkenalkan produk terbaru mereka, rawatan air mandian; ramai klien CR yang sudah berpuas hati menggunakannya.

Seperti mana yang CR mention atas tadi, rawatan air mandian ini sangat mempengaruhi mereka yang mengalami kulit sensitif terutama yang mengalami ekzema dan psoriasis.

Setakat ini, tiada lagi bukti saintifik mengatakan bahawa air mandian yang bersih mampu merawati 100% penyakit gatal gatal seperti ekzema ini, tetapi tiada salahnya untuk kita selaku makhluk Nya yang lemah berikhtiar dan bertawakal kan?

Fungsi Tapisan Air Mandian Coway Lily

Apabila air yang telah dirawat oleh Jabatan Bekalan Air, ia akan terus lalu meter air dirumah kita betul?

Kemudian, dari meter air, barulah ia di salurkan terus ke bilik air, tangki air dalam rumah, paip air di dapur dan sebagainya.

Tahukah anda, air yang dirawat oleh Jabatan Bekalan Air tadi masih mempunyai kandungan klorin? Tujuan utama klorin tersebut ialah untuk mengelakkan dari berlakunya pencemaran air kedua (second contamination) di dalam tangki simpanan air dalam rumah.

Jadi, bayangkanlah, air mandian anda sebenarnya mengandungi klorin yang terkawal dan ia lalu di badan anda, apatah lagi badan anak anak anda.

gambar tangki air dalam rumah yang berkarat.

Jadi, inilah kegunaan tapisan air mandian dari coway lily. Ia dapat menapis klorin, bau bauan, bakteria dan mineral didalam air.

Tapisan air mandian coway lily ini berfungsi melalui resin yang ada didalam nya.

Ion exchange resin didalam coway lily inilah yang akan menarik cation cation yang terdapat dalam Hard Water tadi, lalu menukarkannya kepada Soft Water.

Proses penyerapan ini dibantu dengan medium garam (sodium chloride) yang juga turut dibekalkan oleh coway untuk anda secara percuma.

Dibawah ialah simulasi secara persamaan kimia berkaitan tentang cara resin coway lily ini bertindak mengasingkan kalsium dan magnesium dalam air supaya ia menjadi soft water.

Tapisan air mandian coway lily ini dilengkapi dengan servis setiap dua bulan sekali, dan penukaran filter setiap 4 bulan.

Jadi anda tidak perlu risau lagi tentang stok garam ini, dan macam mana nak dapatkan filter nya.

Reka Bentuk Coway Lily | BB14- AMY

Ini ialah keratan rentas untuk tapisan air mandian coway lily kod produk: bb14-amy

Coway lily ini juga tidak menggunakan sebarang elektrik, menjadikan ianya selamat di gunakan.

Setiap pembelian coway lily, shower tidak akan disediakan, namun coway akan provide dengan bekalan garam setiap dua bulan serta penukaran filter setiap 4 bulan sekali.

Coway lily boleh dipasang samada di gantung mahupun diletakkan sahaja atas lantai kerana coway akan provide kaki untuk ia diletakkan atas lantai. Mudah sangat untuk klien yang mahukan ia di lantai.

Testimoni Pengguna Coway Lily (BB14-AMY)

Testimoni -1 Khairul, Kedah

2 bulan selapas menggunakan Coway Lily, perubahan mendadak berlaku pada kulit klien kami yang menghidapi ekzema.

Selepas pakai coway lily, kos perubatan susut dari RM350 sebulan kepada hanya RM50 sahaja bulanan kos ubatan. Klien hanya invest RM110 sahaja bulanan untuk dapatkan pakej lengkap sewa beli coway lily ini.

Testimoni 2 – Fauzan, Klang

Ini ialah klien kami yang juga turut menggunakan coway lily. Hanya dalam masa 2 bulan menggunakan tapisan air mandian coway lily ini, psoriasis nya berkurang secara mendadak, alhamdulillah.

Testimoni 3 – Nyla. Johor

Ini pula ialah anak klien kami yang juga menggunakan tapisan air mandian coway lily. Dalam masa kurang 6 bulan, mereka dapat melihat perubahan yang ketara untuk anak meraka. Alhamdulillah semuanya dengan izin Nya.

Kesimpulan

CR dah menguruskan lebih dari 700 unit produk coway seluruh malaysia. CR akan advise sebaik baik nya produk paling sesuai untuk pelanggan.

Dan CR tidak akan jual produk yang CR sendiri tidak yakin berkesan pada pelanggan.

InsyaAllah, dengan sedikit pengalaman yang ada, CR akan bantu anda untuk selesaikan masalah yang membelenggu anda. Kita ikhtiar sama sama, insyaAllah

trusted coway agent

Untuk sebarang tempahan mahupun pertanyaan, terus tekan whatsapp di bawah:

booking now
Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Rawatan Ekzema Secara Tradisional

Rawatan Ekzema Secara Tradisional

ruam merah merah disebabkan oleh ekzema

Rawatan Ekzema Secara Tradisional! – Murah, Mudah dan Berkesan!

Assalamualaikum wbt. Kalau sebut ekzema rasanya memang ramai yang dah tahu, tapi masih ramai yang tidak tahu sebenarnya ada 4 Ramuan Semula Jadi yang boleh dijadikan sebagai penawar kepada ekzema.

Menurut https://nationaleczema.org/eczema/  istilah ekzema merujuk kepada pelbagai jenis penyakit kulit radang dan punca utama tidak diketahui tetapi ia berkaitan dengan genetik individu di mana sistem imun badan mempunyai respons yang terlalu aktif.

Sabun, kain, baju, peluh dan perengsa lain boleh mencetus penyakit ini tetapi ia tidak merebak. Ekzema menyebabkan kulit menjadi kering, kemerahan, gatal dan berpeluh dan kerana itu, jika digaru boleh menyebabkan nanah dan kudis pada tubuh badan. Oleh itu, ekzema memerlukan rawatan yang berpanjangan dan pemantauan yang berterusan oleh pakar.

Rawatan Tradisional

rawatan tradisional untuk pesakit ekzema

Daripada segi perubatan moden, ya ada ubat sapuan yang boleh kita guna, tapi ubat sapu yang mengandungi steroid tidak seharusnya digunakan untuk tempoh jangka masa yang panjang kerana ia boleh memberi kesan pada kesihatan kita. Jadi, inilah masa untuk kita cuba pula rawatan tradisional yang lebih kos efektif dan selamat.

DI entry yang lain, CR akan kongsikan cara cara rawatan yang lain untuk pesakit ekzema ni, insyaAllah moga ia nya bermanfaat.

Menurut portal mensive, empat ramuan yang ada di rumah ini telah terbukti dapat mengurangkan gejala dan membantu masalah kulit tegang.Berikut merupakan bahan-bahan yang boleh anda kenal pasti untuk membuat rawatan ini.

Lemak Sayuran

lemak sayuran rawatan ekzema secara tradisional

Ramuan ini sesuai untuk disapu di atas kulit yang kering atau mengelupas. Sapukan pada kawasan yang terjejas dan tampalkan dengan surgical tape (tape ini boleh didapati di farmasi ya, jangan risau).

Biarkan selama dua hingga empat jam untuk ia lembap pada kulit. Ulang rawatan ini setiap hari sehingga ruam hilang.

Minyak Zaitun dan Oatmeal

olive oil untuk merawat ekzema

Bahan ini boleh dijadikan sebagai rawatan mandian dengan menambah satu cawan minyak sayuran atau minyak mineral ke dalam mandian hangat bagi melembapkan dan melicinkan kulit yang kering.

Selain itu, anda juga boleh campurkan dua sudu teh minyak zaitun dengan segelas susu dan masukkan ke dalam air mandian.

Ketiga, lakukan mandian oatmeal kerana ia sangat baik untuk melegakan kulit gatal. Kisar beberapa cawan oatmeal (tidak berperisa), kemudian taburkan ke dalam air mandian. Tambahkan satu sudu teh minyak pati lavender untuk lebih menenangkan tubuh badan dan menyembuhkan kulit.

Kunyit

Curcumin, antioksidan yang terdapat dalam kunyit telah terbukti dapat melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas dan menyembuhkan luka dengan cepat.

Bancuh satu sudu teh serbuk kunyit dengan air anggaran 200mL, dan sapukan pada tempat ekzema tersebut. Hati hati! Ia agak pedih, tapi insyaAllah mujarab.

Cuka Epal

cuka epal untuk rawatan ekzema secara tradisional

Ramuan ini digunakan untuk melegakan radang pada kulit atau terbakar dan juga dapat membasmi kuman. Guna kapas untuk menyapu cuka secara langsung pada bahagian tubuh yang bersisik atau menyapu di kawasan yang lebih besar dengan tuala yang bersih.

Kesimpulan

Perhatian: Jangan guna ramuan ini jika kulit anda merekah atau berdarah kerana ia akan memedihkan dan menghakis kawasan itu.

Diingatkan kembali, ini adalah sekadar usaha yang boleh anda cuba. Sekiranya penyakit masih merebak. Segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor.