Waranti Tilam Coway

Waranti Tilam Coway

Waranti Tilam Coway – Baca Dulu Sebelum Beli

Apabila berkaitan dengan membeli tilam level kayangan ( tapi harga marhaen) macam coway ni, perkara pertama kita kena ambil peduli ialah WARANTI tilam coway.

So entry ini CR akan kongsi dengan semua bakal bakal pembeli tilam coway dari CR untuk baca dan faham kan betul betul apakah perkara yang coway lindungi untuk tilam kayangan korang. Kalau tak faham, BUZZ sahaja CR okay!

Kandungan Waranti Tilam Coway

waranti tilam coway

6 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Waranti Tilam Coway

a) Waranti tilam coway efektif serta merta apabila produk tilam dah dihantar dan dipasang (bedframe) di rumah pelanggan. Waranti tilam ialah 5 tahun dan ia nya merangkumi jika kerosakan berpunca dari kecuaian pekerja coway ataupun kecacatan kilang (Korang wajib check betul betul masa coway deliver tilam ke rumah korang ok!).

b) Waranti ini juga termasuk alat gantian tilam PERCUMA yang difikirkan perlu dan wajar oleh Coway sepanjang tempoh waranti.

c) Klausa 6C WAJIB semua pelanggan tilam coway baca dan fahami.

d) Pelanggan hendaklah bertanggungjawab dan menanggung kos kerugian Coway untuk sebarang kerosakan yang berpunca dari KLAUSA 6C di atas.

e) Coway berhak untuk membaiki, atau menggantikan tilam anda sepanjang tempoh jaminan 5 tahun. Hak tersebut termasuk menukar mana mana bahagian tilam yang rosak, atau menukar terus tilam lama yang rosak kepada yang baru yang coway fikirkan ianya perlu; dimana tilam lama coway menjadi hak milik coway semula.

f) Semasa penghantaran dan pemasangan produk, sebarang permintaan untuk menukar tilam (saiz atau jenis) atau refund tidak dilayan sama sekali.

FAQ Berkenaan Tilam Coway

FAQ #1 – Bilakah Topper Tilam Coway Ditukar?

faq tilam coway - bilakah topper tilam coway di tukar

Sekiranya korang beli tilam coway melalui pakej lengkap sewa beli ni, TOPPER tilam coway akan ditukar pada tahun ke 3 secara PERCUMA.

Jika korang beli tilam coway melalui belian tunai, topper tilam tak ditukar secara percuma, dan korang hanya dapat pakej servis cucian tilam untuk 1 tahun sahaja.

FAQ #2 – Macam Mana Nak Buang Tilam Dan Katil Lama?

FAQ #2 - Macam Mana Nak Buang Tilam Dan Katil Lama?

Untuk urusan buang tilam yang lama melalui tim penghantar tilam coway, korang akan dicaj dengan harga berikut:

Topper tilam : RM50

Tilam: RM100

Topper + Tilam : RM100

Tilam + katil + topper : RM200

Tilam + Katil : RM200

Namun, kalau korang tak nak menggunakan servis ini dari coway pun takpe. Korang boleh buang sendiri atau pindah sendiri katil dan tilam lama korang. Ia nya bukan lah satu kewajiban.

FAQ #3 – Bagaimana Kalau Pelanggan Nak Pindah Rumah dan Reinstall Katil dan Tilam Coway di Tempat Baru?

Bagaimana Kalau Pelanggan Nak Pindah Rumah dan Reinstall Katil dan Tilam Coway di Tempat Baru

Kalau korang nak pindah ke tempat baru, dismantling / reinstalling tilam dan bedframe disediakan. Harga untuk per service ialah RM140. Namun! pengangkutan untuk hantar tilam dan katil ke alamat baru tidak disediakan oleh Coway, itu ialah sepenuhnya urusan korang untuk hantar tilam ke tempat baru.

Kesimpulan

Sekiranya anda masih kurang jelas tentang waranti tilam coway atau berminat untuk mendapatkan tilam coway ini, boleh terus tekan link dibawah, ok! Jangan risau, CR dah menguruskan lebih 900 pelanggan seluruh malaysia tau.

Tekan link dibawah untuk beli tilam coway ya!